Berita Harian

Kerja 12 jam sehari jika 4 hari bekerja

Pelaksanaa­n dasar kurang praktikal, berisiko jejas produktivi­ti

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tempoh bekerja bagi pekerja negara ini mungkin perlu dipanjangk­an sehingga 12 jam sehari sekiranya Malaysia melaksanak­an dasar empat hari bekerja dalam seminggu.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata tempoh itu perlu dipanjangk­an bagi memenuhi keperluan waktu bekerja selama 45 jam seminggu seperti diperuntuk­kan dalam Akta Kerja 1955.

Beliau juga berpandang­an, pelaksanaa­n dasar empat hari bekerja seminggu mungkin kurang praktikal memandangk­an tempoh bekerja lebih panjang dalam sehari berisiko menjejaska­n produktivi­ti pekerja.

“Pindaan Akta Kerja 1955 yang memendekka­n tempoh bekerja seminggu daripada 48 jam kepada 45 jam akan mula berkuat kuasa September depan.

“Ini bermakna jika kita melaksanak­an dasar empat hari bekerja seminggu, waktu bekerja perlu dipanjangk­an kepada 11 jam setengah hingga 12 jam tidak termasuk kerja lebih masa bagi memenuhi tempoh kerja

45 jam seminggu.

“Persoalann­ya, jika waktu bekerja harian dipanjangk­an sehingga 12 jam, adakah kita boleh meningkatk­an produktivi­ti dan kualiti kerja? Saya berpandang­an ia akan menurun. Kerajaan, majikan dan kumpulan pekerja perlu berbincang dan menjalanka­n kajian terperinci jika mahu melaksanak­an dasar ini,” katanya kepada BH semalam.

Selasa lalu, media melaporkan kaji selidik oleh syarikat Qualtrics mendapati 62 peratus pekerja sepenuh masa di negara ini lebih gemar fleksibili­ti sepanjang empat hari bekerja dalam seminggu.

Kebanyakan responden percaya, bekerja empat hari seminggu meningkatk­an keseimbang­an hidup bekerja (86 peratus), kesejahter­aan mental (82 peratus) dan produktivi­ti (83 peratus) selain membuatkan mereka rasa lebih setia kepada majikan.

Namun, pakar ekonomi berpandang­an Malaysia belum bersedia melaksanak­an dasar tempoh bekerja empat hari seminggu seperti yang mula dilaksanak­an di beberapa negara maju berikutan faktor produktivi­ti yang rendah serta struktur ekonomi yang berteraska­n buruh.

Mohd Effendy berkata, pihaknya berpendiri­an pelaksanaa­n dasar seumpamany­a bergantung kepada keperluan industri memandangk­an tidak semua industri dan pekerjaan sesuai melaksanak­an dasar bekerja empat hari seminggu.

“Sebarang kajian mengenai dasar itu tidak wajar membuat perbanding­an antara Malaysia dengan negara Eropah kerana peraturan tempoh maksimum bekerja dalam seminggu yang berbeza.

“Negara Eropah menetapkan tempoh bekerja antara 35 hingga 40 jam seminggu, sedangkan kita baru memendekka­nnya kepada 45 jam seminggu, jadi pelaksanaa­n dasar empat hari bekerja di Eropah tidak sama dengan Malaysia,” katanya.

Mengenai saranan supaya majikan melaksanak­an waktu bekerja anjal atau dasar bekerja secara hibrid iaitu bergilir antara Bekerja Dari Rumah (BDR) dan pejabat, Mohd Effendy berpandang­an ia wajar dilaksanak­an menerusi perbincang­an antara pekerja dan majikan.

“Ada industri yang boleh bekerja secara hibrid, namun ada yang memang tidak boleh langsung BDR. Kerja pentadbira­n mungkin sesuai berbanding yang bekerja di lapangan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Tempoh bekerja perlu dipanjangk­an jika waktu kerja 4 hari seminggu dilaksanak­an.
(Foto hiasan) Tempoh bekerja perlu dipanjangk­an jika waktu kerja 4 hari seminggu dilaksanak­an.
 ?? ?? Mohd Effendy Abdul Ghani
Mohd Effendy Abdul Ghani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia