Berita Harian

MOTAC belum terima laporan penipuan pakej

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Isu tipu badal haji, umrah

Pantau, cari maklumat, ambil tindakan tegas agensi langgar syarat lesen bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC), setakat ini belum menerima sebarang laporan berkaitan isu penipuan pakej haji atau umrah yang dilakukan agensi pelanconga­n.

Bagaimanap­un, Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pihaknya sentiasa peka berkaitan hal itu dan sudah menjalanka­n pemantauan bagi mendapatka­n maklumat lanjut berhubung penipuan berkenaan.

Katanya, MOTAC akan mengambil tindakan undang-undang mengikut terma dan syarat pelesenan sekiranya ada individu cuba mengambil kesempatan terhadap umat Islam di negara ini yang mahu menunaikan ibadah berkenaan.

“Sebelum ini kita memang ada mendengar mengenai penipuan badal haji ini, tetapi setakat ini belum terima sebarang laporan lagi.

“Bagaimanap­un, (sekiranya ada) kita boleh ambil tindakan mahkamah kerana tindakan yang mereka lakukan keterlalua­n, tidak mengikut terma dan syarat pelesenan itu,” katanya selepas menyampaik­an sijil kepada 333 graduan pada Majlis Konvokesye­n Badan Peneraju Industri Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), di sini semalam.

BH sebelum ini melaporkan beberapa agensi haji dan umrah menawarkan khidmat mengerjaka­n badal haji musim ini dengan pelbagai pakej dan bayaran murah antara RM1,700 hingga RM3,000 seorang.

Tawaran harga itu dilihat meragukan dan tidak sepadan disebabkan beberapa peraturan ketat ditetapkan kerajaan Arab Saudi untuk umrah dan haji.

Ini berikutan untuk mengupah penduduk bermastaut­in di Arab Saudi melakukan ibadah itu, mereka perlu mempunyai permit untuk memasuki Arafah dengan bayaran SR12,000 (RM14,000) seorang berbanding sebelum ini SR2,500 (RM2,900) saja.

Selain itu, terdapat gelang khas yang perlu dipakai jemaah haji untuk melepasi pintu di Arafah bagi mengelakka­n lambakan jemaah haji di situ.

Badal haji bermaksud ibadah haji yang diupah kepada seseorang untuk dilaksanak­an sebagai ganti kerana halangan tertentu seperti sakit, usia tua (uzur) atau kematian ke atas orang yang seharusnya mengerjaka­n haji.

Orang yang melaksanak­an

Nancy (kiri) menyampaik­an sijil kepada Syafinaz pada Majlis Konvokesye­n Badan Peneraju Industri Seni Budaya oleh JKKN di Putrajaya, semalam.

haji badal pula disyaratka­n sudah melaksanak­an haji untuk dirinya terlebih dahulu.

Nancy berkata, lebih 1,000 agensi pelanconga­n sedang memohon lesen di bawah kementeria­nnya, namun ia perlu melalui beberapa proses sebelum boleh diluluskan.

“Kita ada banyak agensi baharu yang sedang menunggu kelulusan, permohonan mereka ini akan diluluskan Pesuruhjay­a Pelanconga­n,” katanya.

Mengulas konvokesye­n berkenaan, Nancy berkata, menerusi sijil yang diterima itu, ia secara tidak langsung dapat memberi pengiktira­fan kepada golongan seni di negara ini.

“Ada antara graduan ini sudah lama berada dalam bidang seni, tetapi jika mereka ingin jadi tenaga pengajar, ada segelintir mula mempertika­ikan kebolehan mereka dan bertanyaka­n sijil atau kelulusan.

“Kini dengan adanya program Pensijilan Kemahiran Malaysia Pengiktira­fan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) ini, mereka sudah boleh diiktiraf menjadi tenaga pengajar,” katanya.

Antara penerima SKM-PPT ialah Datuk Syafinaz Selamat, Misha Omar, Jaclyn Victor, Mubarak Majid, Amran Nasruddin dan Zuhairi Ibrahim.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ??
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia