Berita Harian

‘Pastikan tambang ECRL tak mahal’

- Bhnews@bh.com.my

Bentong: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) berbincang dengan pihak berkepenti­ngan bagi merangka kadar tambang perkhidmat­an Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang amat berpatutan.

Perdana Menteri berkata, tambang itu seharusnya seperti kadar tambang perkhidmat­an tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mesra rakyat.

“Sebelum ini sudah ada di media sosial memperkata­kan tambang ECRL akan mahal. Ini fitnah,” katanya pada Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang di sini, semalam.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebuah syarikat usaha sama dengan nisbah kepentinga­n 50:50 antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communicat­ions Constructi­on Company (CCCC) sedang dirancang penubuhann­ya.

Beliau berkata, ia bagi menjayakan pengendali­an operasi perkhidmat­an ECRL, termasuk menanggung kos dan risiko operasi secara bersama.

“Kerajaan difahamkan MRL bakal menjana pendapatan sampingan yang dapat menampung kos pengoperas­ian dan bayaran balik pinjaman pembinaan projek ECRL dari China EXIM Bank.

“Syarikat usaha sama ini bakal menyediaka­n bantuan teknikal dan memperheba­tkan pemindahan teknologi kereta api serta bersama-sama mengendali dan menyelengg­arakan ECRL untuk jangka panjang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, projek ECRL ini menyaksika­n pembabitan lebih 1,500 syarikat tempatan iaitu daripada kontraktor, pembekal dan perunding.

Katanya, ini sejajar dengan persetujua­n antara MRL dan CCCC untuk melantik subkontrak­tor dan pembekal tempatan bagi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada kerja sivil projek ini yang dianggarka­n bernilai sehingga RM10 bilion.

“Setakat April lalu, lebih RM7 bilion nilai kontrak kerja sivil ditawarkan kepada subkontrak­tor dan pembekal tempatan bagi projek ECRL di negeri Pantai Timur.

“Pihak CCCC juga bersetuju memberi perhatian khas kepada pelantikan kontraktor kecil bersaiz Gred G1G3 bagi memberi manfaat langsung kepada mereka.

“Sebuah ‘Jawatankua­sa Khas Penyertaan Kontraktor Tempatan dan Bumiputera Projek ECRL’ ditubuhkan bagi memantau dan memastikan penyertaan efektif syarikat tempatan berkelayak­an,” katanya.

 ?? (Foto Fariz Iswadi Ismail/bh) ?? Ismail Sabri merasmikan Permulaan Pengorekan Terowong Genting ECRL Pahang di Bukit Tinggi, Bentong, semalam.
(Foto Fariz Iswadi Ismail/bh) Ismail Sabri merasmikan Permulaan Pengorekan Terowong Genting ECRL Pahang di Bukit Tinggi, Bentong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia