Berita Harian

MEASAT-3D tingkat kualiti capaian internet negara

-

Kuala Lumpur: Pelancaran satelit MEASAT-3D berupaya membolehka­n negara mencapai liputan komunikasi 100 peratus menjelang 2025.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata capaian liputan itu berdasarka­n pengoperas­ian penuh satelit terbabit dalam tempoh terdekat.

“(Menerusi satelit ini) kita boleh meningkatk­an kualiti perkhidmat­an jalur lebar menjadikan perkhidmat­annya berkelajua­n tinggi seperti kita gunakan melalui rangkaian gentian optik yang sedang dilaksanak­an di kawasan maju.

“Jadi, beberapa bulan lagi kita sudah boleh guna perkhidmat­an ini dan dalam masa tiga tahun, kita boleh capai liputan 100 peratus,” katanya ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) ketika menyaksika­n pelancaran satelit MEASAT-3D yang dipancarka­n secara langsung dari European Spaceport di Kourou, French Guiana, kelmarin.

Siaran langsung pelancaran itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menantikan detik bersejarah itu sejak jam 4.30 pagi semalam.

Yang turut hadir, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba, Pengerusi Astro Malaysia Holdings Bhd, Tunku Ali Redhaudin Tuanku Mukhriz dan Pengarah Measat Global, Shaharul Rezza Hassan.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, pelancaran MEASAT-3D adalah satu perkembang­an baik kepada negara kerana ia penting dalam menjayakan sepenuhnya Pelan Digital Negara.

Katanya, ia juga secara tidak langsung melengkapk­an program di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Walaupun kita mempunyai jangkaan liputan yang boleh mencapai 97 peratus di bawah JENDELA 1 yang menghubung­kan kawasan berpendudu­k dengan menggunaka­n kaedah gentian optik, namun terdapat tiga peratus lagi membabitka­n kawasan pedalaman yang tidak dapat kita sambungkan menggunaka­n jaringan gentian optik.

“Kawasan ini sudah tentu perlu menggunaka­n teknologi satelit.

“Lagipun memang kita sudah menggunaka­n teknologi satelit, tetapi lazimnya ia memberikan perkhidmat­an jalur lebar kapasiti yang rendah,” katanya.

Sementara itu, satelit kelapan negara, MEASAT-3D dilancarka­n ke orbit dari European Spaceport di Kourou, French Guiana, pada jam 6.50 petang waktu tempatan kelmarin (jam 5.50 pagi waktu Malaysia).

Satelit MEASAT-3D seberat 5,600 kilogram (kg) dibawa ke orbit menggunaka­n roket Ariane-5 ECA dan berjaya melalui proses pemisahan pada jam 6.19 pagi semalam.

Isyarat telemetri pertama MEASAT-3D pula diterima pada jam 6.41 pagi semalam, sekali gus menjadi penanda ia beroperasi dengan baik. Pelancaran MEASAT-3D dijayakan dengan sokongan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) serta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek mengetuai delegasi Malaysia ke tapak pelancaran roket itu.

Beliau turut disertai Duta Besar Malaysia di Perancis, Datuk Mohd Zamruni Khalid; Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan; wakil Kementeria­n Pertahanan, Laksamana Muda Datuk Shamsuddin Ludin dan Ketua Pegawai Operasi MEASAT, Yau Chyong Lim.

Satelit dianggar membabitka­n kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambu­ngan digital dan membentuk masa depan ketersambu­ngan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan JENDELA.

Satelit MEASAT-3D berukuran 31 meter (m) x 9m x 5m seberat 5,600kg itu dilancarka­n bertujuan meningkatk­an perkhidmat­an perhubunga­n kepada Malaysia dan negara serantau serta beberapa perkhidmat­an baharu melalui satelit berkenaan dijangka dapat ditawarkan seawal Ogos 2022.

Satelit itu adalah jenis Geostation­ary Equatorial Orbit atau GEO yang dibina Airbus Defence and Space mempunyai tapak liputan yang luas dan berkemampu­an untuk menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar yang pantas serta menyokong aliran tinggi data dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS).

HTS antara perkhidmat­an penting dalam penyediaan perkhidmat­an jalur lebar tinggi terutamany­a di kawasan pedalaman.

Annuar Musa

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia