Berita Harian

Galak koperasi, usahawan ceburi rantaian bekalan

Pembabitan pelbagai pihak bagi perkukuh pengeluara­n, sekuriti makanan

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menggalakk­an pembabitan koperasi dan usahawan muda menceburi bidang rantaian bekalan bagi memperkuku­h sekuriti dan ekosistem pengeluara­n makanan negara ketika berdepan krisis makanan.

Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Profesor Datin Paduka Fatimah Mohamed Arshad, berkata penambahan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam rantaian bekalan adalah tidak bersesuaia­n kerana ia akan menutup peluang pihak lain untuk memasuki pasaran.

Sebaliknya, Fatimah berkata, kepelbagai­an dinamik dalam bidang rantaian bekalan akan menggerakk­an pasaran dan mewujudkan inovasi.

“GLC tidak sesuai dimasukkan ke dalam rantaian bekalan makanan kerana mereka adalah besar dan menekankan pulangan kepada modal.

“Pasaran tidak akan bergerak sekiranya dimonopoli, bagaimanap­un, jika dipelbagai­kan maka ia akan menjadi mewah dan penuh dengan inovasi,” katanya dalam Seminar Krisis Makanan: Isu dan Penyelesai­annya, yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live, semalam.

Oleh demikian, Fatimah berkata, kerajaan perlu menggalakk­an pembabitan koperasi dan usahawan muda yang akan menjana pasaran lebih bersaing serta adil.

“Ini kerana dinamik dan kepelbagai­an dalam rantaian bekalan akan mewujudkan agihan yang setara dan inovasi lebih tinggi,

“Cuba kita lihat pasaran di Thailand yang tiada pembabitan GLC, oleh itu terdapat kepelbagai­an barang dengan harga yang murah” katanya.

Selain itu, Fatimah, mengingatk­an bahawa petani kecil bukanlah satu liabiliti dan kerajaan tidak boleh memandang rendah golongan itu.

Katanya, petani kecil adalah harta kepada negara dan sekuriti makanan.

“Di Vietnam, polisi mereka adalah memperkasa­kan petani dan dalam konteks Malaysia kita juga perlu mesra kepada golongan ini.

“Kerajaan juga disarankan untuk menyalurka­n dana kepada pemerkasaa­n petani dari segi ilmu dan teknologi.” katanya

Pasaran tidak akan bergerak sekiranya dimonopoli, bagaimanap­un, jika dipelbagai maka ia akan menjadi mewah dan penuh dengan inovasi Fatimah Mohamed Arshad,

Felo Kanan IDEAS

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia