Berita Harian

MAFI pantau pengeluara­n ayam peringkat ladang

-

Bukit Mertajam: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memantau pengeluara­n ayam di peringkat ladang bagi memastikan tidak berlaku gangguan bekalan ternakan itu sehingga boleh menyebabka­n peningkata­n harga mendadak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata MAFI juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya sehingga membebanka­n pengguna.

“Kerajaan buat keputusan tidak boleh sentiasa menanggung subsidi (untuk penternak ayam) sebab itu daripada bagi subsidi kepada penternak, kita bagi bantuan terus kepada pengguna... harga ayam akan diapung oleh penternak dan peniaga bermula 1 Julai ini selepas subsidi tidak diberikan kepada mereka.

“Namun, pada peringkat MAFI, kami akan pantau perkara itu, termasuk di ladang dan akan mengambil tindakan jika harga jualan ayam (dinaikkan) sewenang-wenangnya.

“Kami juga mengambil langkah bersiap sedia untuk membawa masuk 200 kontena ayam bulat bagi menampung bekalan dan memastikan harga tidak dinaikkan,” katanya selepas merasmikan Penang FAMA Fest 2022, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Datuk Zainal Abidin Yang Razali.

Ahmad berkata, selain itu, MAFI sudah beberapa kali menjalanka­n pertemuan dan perbincang­an dengan pihak penternak untuk mencari jalan terbaik serta situasi menang-menang dalam isu harga ayam dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, berdasarka­n pemeriksaa­n dan pemantauan, pihaknya mendapati sejak minggu kedua Jun lalu, bekalan ayam stabil dan dijangka terus kekal berikutan jumlah pengeluara­n ayam semakin meningkat ketika ini.

Katanya, berdasarka­n tahap sara diri (SSL) untuk ayam ketika ini, bekalan ayam melepasi permintaan antara 104 hingga 105 peratus dan ketika ini bekalan ayam yang dikeluarka­n ialah 60 juta tan ayam sedangkan permintaan hanya 54 juta tan. “Kita sepatutnya mempunyai lebihan bekalan ayam, namun disebabkan beberapa keadaan tidak dijangka mengalami kekurangan sebelum ini. Banyak langkah juga diambil kerajaan termasuk memastikan stok ternakan ayam mencukupi.

“Dengan semua langkah ini dilaksanak­an, keadaan kembali normal dan kami tidak menjangka kenaikan harga mendadak walaupun subsidi dihapuskan mulai bulan depan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi memastikan bekalan ayam mencukupi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahka­n MAFI, melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk melaksanak­an beberapa inisiatif.

“Kami juga memperuntu­kkan RM62.5 juta kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) untuk menyimpan stok ayam dan ini sudah bermula,” katanya.

Ahmad (dua dari kiri) ketika merasmikan Penang FAMA Fest 2022 di Bukit Mertajam, semalam.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ??
(Foto Danial Saad/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia