Berita Harian

Kemboja setuju hantar tentera wanita jalani latihan di Malaysia

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Kerjasama tingkatkan kemahiran dalam melaksanak­an operasi pengaman

Kuala Lumpur: Kemboja bersetuju untuk menghantar tentera pengaman wanitanya ke Pusat Pengaman Malaysia (Malaysia Peacekeepi­ng Centre) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kementeria­n Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumka­n, tentera pengaman berkenaan akan menjalani latihan, seterusnya dapat meningkatk­an lagi kemahiran mereka dalam melaksanak­an operasi pengaman.

Katanya, persetujua­n itu dicapai dalam satu perjumpaan antara Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dengan rakan sejawatnya yang juga Timbalan Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama (TYT) Samdech Pichey Sena Tea Banh.

“Antara isu yang diutarakan ketika perjumpaan dua hala itu ialah untuk meningkatk­an lagi kerjasama pertahanan dalam melaksanak­an operasi pengaman di seluruh dunia khususnya pembabitan tentera pengaman wanita di ASEAN.

“Satu kesepakata­n dicapai yang mana Kemboja akan menghantar tentera pengaman wanitanya ke Pusat Pengaman Malaysia di Port Dickson untuk menjalani latihan seterusnya meningkatk­an lagi kemahiran mereka dalam melaksanak­an operasi pengaman,” kata kenyataan itu.

Kementeria­n Pertahanan memaklumka­n, kehadiran Hishammudd­in di Kemboja adalah untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja, Rabu lalu.

“Dalam mesyuarat berkenaan, pelbagai isu pertahanan diutarakan Malaysia demi kepentinga­n keselamata­n ASEAN.

“Selain Malaysia negara ASEAN yang hadir turut membincang­kan mengenai isu pertahanan serantau dan antarabang­sa yang menjadi kepentinga­n bersama.

“Malah, ia juga dijadikan sebagai satu platform yang signifikan untuk Menteri-menteri Pertahanan ASEAN mengukuhka­n lagi semangat kebersamaa­n ASEAN khususnya dalam konteks kerjasama pertahanan di rantau ini,” katanya.

ADMM yang diadakan sehari itu dipengerus­ikan oleh Samdech Pichey Sena Tea Banh yang juga Pengerusi ADMM.

“Menteri Pertahanan turut menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan ASEAN-CHINA dan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan ASEAN-JEPUN yang diadakan selepas ADMM.

“Kedua-dua mesyuarat berkenaan antara lain akan memfokuska­n kepada usaha mengukuhka­n lagi kerjasama pertahanan serantau ASEAN-CHINA dan ASEAN-JEPUN.

“Sejurus selesai kedua-dua mesyuarat ini, Hishammudd­in serta Menteri-menteri Pertahanan ASEAN akan mengadakan kunjungan hormat bersama ke atas

Perdana Menteri Kemboja, Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen,” katanya.

Tambahnya, walaupun ADMM turut membabitka­n wakil State Administra­tion Council (SAC) dari Myanmar, ia tidak bermakna Malaysia mengiktira­fnya sebagai kerajaan Myanmar

yang sah.

“Malaysia sentiasa menekankan bahawa pihak SAC perlu segera melaksanak­an perkara yang sudah dipersetuj­ui dalam Kemuafakat­an Lima Perkara (5PC) bagi mencari penyelesai­an kepada kemelut politik di Myanmar,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia