Berita Harian

‘Perbalahan dalam UMNO berterusan selepas PRU-15’

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Agensi penarafan kredit dari AS jangka berlaku pertembung­an walaupun BN menang

Kuala Lumpur: Perbalahan membabitka­n beberapa kumpulan dalam UMNO mungkin berterusan walaupun Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Agensi penarafan kredit Amerika Syarikat (AS), Fitch Solutions berkata, berdasarka­n kedudukan semasa yang memperliha­tkan BN dan UMNO dalam kedudukan dominan menjelang PRU-15, isu perbalahan dalam parti itu dijangka tetap berlaku.

Perbalahan dimaksudka­n itu membabitka­n kumpulan yang menyokong kerajaan semasa pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta mereka yang menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan sekutunya, termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Fitch Solutions berkata, perbalahan politik mungkin kurang menyerlah sebelum PRU-15 kerana UMNO ketika ini berusaha sebaik mungkin untuk merapatkan barisan dan memberi tumpuan untuk memenangi pilihan raya.

Namun, katanya risiko untuk berlakunya perbalahan antara kumpulan itu akan meningkat apabila kemenangan dicapai.

“Ini sudah tentu memberi kesan kepada Malaysia dalam membuat dasar yang berkesan dan kemampuan melaksanak­annya, walaupun BN menang pada pilihan raya nanti,” katanya dalam laporan penyelidik­an risiko dan industri negara yang diterbitka­nnya seperti dilaporkan FMT.

Laporan itu menyatakan dalam jangka sederhana - dengan tidak mengambil kira kumpulan mana dalam UMNO yang bakal membentuk kerajaan - momentum perubahan akan kekal perlahan.

“Pertembung­an antara kumpulan dalam UMNO mungkin kekal berterusan ketika landskap pilihan raya Malaysia kini jauh lebih kompetitif berbanding ketika BN kekal dominan dalam tempoh 61 tahun kemerdekaa­n Malaysia,” katanya.

Fitch Solutions memaklumka­n, mereka menjangkak­an pilihan raya diadakan pada separuh kedua tahun ini, iaitu jauh lebih awal daripada tarikh akhir September 2023.

“Ini ada kaitan dengan ‘kemenangan muktamad’ BN pada pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Mac lalu,” katanya.

Agensi itu juga menyatakan, sebarang cukai asas baharu dan peningkata­n daya saing tidak mungkin dilaksanak­an kerana ia tidak popular.

 ?? (Foto hiasan) ?? UMNO ketika ini berusaha merapatkan barisan dan memberi tumpuan untuk memenangi pilihan raya.
(Foto hiasan) UMNO ketika ini berusaha merapatkan barisan dan memberi tumpuan untuk memenangi pilihan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia