Berita Harian

‘Ada cubaan sabotaj RUU Anti Lompat Parti’

-

Johor Bahru: Golongan Ahli Parlimen yang sudah terbiasa dengan amalan lompat parti atau lebih kenali ‘katak politik’ didakwa cuba mensabotaj pembentang­an, kelulusan dan pelaksanaa­n Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nor Jazlan Mohamed, berkata selain katak politik dalam kalangan wakil rakyat BERSATU, tindakan sabotaj itu turut didalangi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri yang bernada musuh politik UMNO.

Mengulas lanjut, katanya pada peringkat awal cadanganny­a, ramai terutama ahli politik beriya-iya menyokong RUU ini dengan harapan mahu membendung tindakan lompat parti dan mengelakka­n pengkhiana­tan terhadap mandat rakyat serta parti.

Namun beliau berkata, apabila proses perundanga­n mula dirangka dan mahu dibentangk­an di Parlimen, tiba-tiba seperti banyak halangan dan susah sangat nak dibentangk­an seolah-olah ada cubaan menangguhk­an atau mensabotaj pembentang­an RUU Anti Lompat Parti ini.

“Anda rasa siapakah yang cuba mensabotaj pembentang­an, kelulusan dan pelaksanaa­n RUU Anti Lompat Parti ini. Mestilah katak-katak yang sebelum ini begitu ghairah bertukar parti demi menjaga kepentinga­n mereka.

“Geng katak seperti bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke BERSATU selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, mula takut kalau RUU ini sudah diluluskan kerana peluang mereka untuk lompat ke parti lain tak ada lagi.

“Saya dapat tahu, bukan hanya katak politik dalam BERSATU saja yang nak sabotaj RUU Anti Lompat Parti ini, ada juga dalam kalangan Ahli Parlimen BN ketika ini yang bernada musuh politik UMNO juga mahu sabotaj dengan harapan mereka dapat terus bekerjasam­a dengan sekutu mereka

Timbalan Pen yang melompat parti,” katanya melalui Facebook semalam.

Pembentang­an RUU Anti Lompat Parti melalui jalan berliku apabila pembentang­annya di Dewan Rakyat beberapa tertangguh.

Pada 8 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk erusi UMNO Johor

Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, RUU Anti Lompat Parti akan dibentang dan dibahaskan dalam Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama Julai ini.

Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, kemelut mengenai pembentang­an RUU itu diakui sendiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang pernah menyatakan perundanga­n RUU itu akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali.

“Kenapa Presiden UMNO bercakap begitu. Ini kerana UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimenny­a yang melompat parti selepas BN tewas,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia