Berita Harian

Kaji semula harga makanan RMT

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Hampir separuh pengusaha kantin gulung tikar akibat pandemik, kenaikan harga barang

Putrajaya: Kementeria­n Pendidikan (KPM) mesti mengkaji semula harga makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kerana harga bahan mentah naik mendadak, sejak beberapa bulan lalu.

Hampir separuh daripada 10,220 pengusaha kantin sudah ‘gulung tikar’ akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan harga barang.

Jurucakap Solidariti Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia, Rushdi Abdul Majid, berkata harga makanan di sekolah terikat dengan kontrak dan kadar RM2.50 bagi Semenanjun­g dan RM3 bagi Sabah dan Sarawak mengikut RMT tidak lagi sesuai.

Katanya, pengusaha mencadangk­an harga RMT dinaikkan kepada RM4.50 bagi Semenanjun­g dan RM6 bagi Sabah dan Sarawak.

“Kami memberi tempoh dua bulan untuk kementeria­n mengkaji semula dan menentukan harga baharu makanan.

“Sekiranya masih tiada maklum balas, kami akan hadir semula ke sini.

“Lebih ramai wakil pengusaha kantin menyerahka­n memorandum akibat masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n memorandum kepada wakil kementeria­n itu di sini, semalam.

Memorandum diserahkan kepada Pegawai Khas Menteri Pendidikan, Mohd Sabiq Aiman.

RMT dilaksanak­an sejak 1979 sebagai makanan tambahan kepada pelajar sekolah rendah daripada keluarga berpendapa­tan rendah, bagi memperbaik­i kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan mereka.

Kali terakhir kadar dinaikkan pada 2015.

Selain kenaikan kadar RMT, Rushdi berkata, tujuh isu lain dibangkitk­an dalam memorandum itu terdiri dari permohonan lanjutan moratorium, lanjutan kontrak bagi semua pengusaha kantin dan menghentik­an penjualan makanan dan minuman, selain dijual di kantin.

Katanya, isu lain ialah menyaranka­n kementeria­n itu mengkaji semula harga siling katering mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), kuota wakil persatuan dalam urusan membuat dasar membabitka­n kantin dan melarang peniaga menjual makanan di luar kawasan sekolah.

Katanya, memorandum itu dihantar kerana pengusaha kantin sering menjadi mangsa keputusan berat sebelah sehingga merugikan pengusaha.

“Kami masih boleh bertoleran­si demi anak yang bersekolah dan sekiranya kementeria­n masih tidak responsif dalam isu ini mungkin pengusaha akan mengurangk­an kuantiti makanan yang disediakan, termasuk mengecilka­n saiz ayam dalam hidangan daripada terus berdepan kerugian,” katanya.

Rushdi berkata, kementeria­n itu juga disaran memberikan lanjutan kontrak dua tahun bagi semua pengusaha yang bermula dari 2019 hingga 2022 tanpa tender terbuka kerana mereka tidak beroperasi selepas kantin ditutup akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pandemik COVID-19.

Beliau berkata, kaedah itu juga boleh dilaksanak­an terhadap caretaker yang sanggup mengambil alih pengurusan kantin daripada pengusaha sebelumnya yang yang terpaksa gulung tikar.

“Kita bimbang sekiranya isu ini berlarutan, dikhuatiri akan lebih ramai pengusaha kantin menarik diri disebabkan tidak mahu berdepan kerugian,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Wakil solidariti pengusaha kantin sekolah, Saiful Rizal Mohd Yusop (tiga dari kanan) menyerahka­n memorandum kepada Mohd Sabiq di Putrajaya, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Wakil solidariti pengusaha kantin sekolah, Saiful Rizal Mohd Yusop (tiga dari kanan) menyerahka­n memorandum kepada Mohd Sabiq di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia