Berita Harian

Tawar gaji setimpal kelayakan TVET

-

Sungai Petani: Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu dilihat sebagai peluang kepada golongan belia di negara ini mendapat pekerjaan dan meraih pendapatan setimpal.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata industri perlu melihat imej TVET kini sebahagian bidang profesiona­l dan pekerjanya perlu ditawar gaji setimpal kelayakan serta kemahiran mereka.

Katanya, jika perkara itu dapat dicapai, pendidikan TVET bakal menjadi pilihan golongan belia melanjutka­n pelajaran, sekali gus menangkis tanggapan negatif mengenai bidang itu.

“Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar cukup yakin pada cadangan menghantar pekerja mahir Malaysia bekerja di Jepun seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini, bakal memberi kelebihan kepada graduan institusi TVET@KPLB.

“Kita menjangka lepasan pelajar TVET@KPLB bakal mengisi ruang dan peluang sebagai pekerja mahir itu berikutan kerjasama MARA dan universiti di Jepun sejak 1993 lagi melalui Program Pendidikan Tinggi Malaysia-jepun (MJHEP) yang kini dikenali sebagai Program Universiti Jepun (JUP),” katanya berucap merasmikan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang berlangsun­g di Amanjaya Mall di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar II, Datuk Hasbi Habibollah; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) KPLB, Mas Rizal Mohd Hilmi.

Mahdzir berkata, TVET dianggap satu daripada kekuatan sistem pendidikan di negara maju seperti Jerman, Jepun dan Perancis, malah negara serantau seperti Korea Selatan, China dan Singapura turut berusaha mengukuhka­n bidang berkenaan.

“Korea Selatan misalnya, membangun dengan pantas daripada negara yang musnah akibat peperangan kepada kuasa besar ekonomi kerana penguasaan dalam bidang TVET,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pekerja berkemahir­an TVET perlu dilihat sebagai bidang profesiona­l dengan tawaran gaji setimpal kemahiran mereka.
(Foto hiasan) Pekerja berkemahir­an TVET perlu dilihat sebagai bidang profesiona­l dengan tawaran gaji setimpal kemahiran mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia