Berita Harian

Pentadbir sekolah, ibu bapa perlu hubungan baik

-

Kuala Lumpur: Tugas pentadbir sekolah bukan saja menjaga kepentinga­n murid, tetapi juga memelihara hubungan dengan ibu bapa.

Bekas pengetua, Teresa Chan, 61, berkata seorang pentadbir perlu menjaga keseluruha­n sekolah, termasuk berkomunik­asi dengan penjaga dan membantu menyelesai masalah berkaitan.

“Saya selalu menekankan pendekatan menang-menang jika berlaku masalah untuk memastikan semua pihak dapat bermuhasab­ah diri.

“Saya menjadikan konsep pintu terbuka untuk sesiapa saja datang berjumpa dan mengadu sebarang masalah. Kita akan bertolak ansur,” katanya selepas majlis persaraan 84 guru Daerah Petaling Utama di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama, Mohd Kamal Azizi Abdul Aziz.

Guru yang bersara turut menerima Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM400 seorang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia