Berita Harian

FPESB terus perkasa industri santan sawit

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Sasar lahir 100 usahawan pasarkan produk penghujung bulan ini

Kuala Lumpur: FELCRA Processing and Engineerin­g Sdn Bhd (FPESB) adalah syarikat milik penuh FELCRA Berhad dalam pemprosesa­n kelapa sawit dan pemasaran minyak sawit mentah sebagai teras utama perniagaan syarikat.

Bagaimanap­un, bagi memastikan syarikat terus berkembang serta berperanan sebagai penyumbang utama dalam FELCRA Berhad, FPESB komited dalam pemprosesa­n dan perkhidmat­an kejurutera­an secara profesiona­l.

Ini termasuk mengembang­kan aktiviti perniagaan dengan menceburi bidang perkhidmat­an kejurutera­an, bekalan alat ganti, pengangkut­an dan sewaan yang berkaitan dengan industri sawit.

Selain memproses sawit, FPESB mempunyai kemahiran dalam bidang mekanikal, sivil dan elektrikal untuk kilang sawit dan pernah melaksanak­an tugas di kilang sawit milik FELCRA Berhad, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

FPESB kini turut mengembang­kan perniagaan sedia ada dan meneroka bidang perniagaan baharu huluan dan hiliran.

Ketua Pegawai Eksekutif FPESB, Wan Ramlan Wan Abdullah, berkata produk utama yang giat diusahakan ketika ini adalah serat panjang kering, ‘fibermat’ dan santan sawit.

Katanya, serat panjang kering sudah menembusi pasaran China dalam pembuatan perabot, pasu, tilam dan tempat duduk kenderaan.

“Selain itu, kami berhasrat bekerjasam­a dengan Agensi Nuklear

Malaysia bagi menghasilk­an produk inovasi seperti atap, lantai dan papan lapis,” katanya.

Wan Ramlan berkata, ‘fibermat’ pula berfungsi sebagai sungkupan bagi mengekalka­n kelembapan tanah, mengawal serangan serangga perosak, bertindak sebagai penghadang kepada hakisan tanah dan mengekalka­n keseimbang­an ekosistem.

Katanya, pelanggan yang pernah menggunaka­n bagi produk itu termasuk Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan FELCRA Berhad.

“Bagi produk santan sawit yang dikenali dengan jenama Suri Santan, ia salah satu produk alternatif selain penggunaan santan kelapa. Santan ini setanding dengan santan kelapa dari segi rasa serta rupa,” katanya.

Beliau berkata, idea menghasilk­an santan sawit tercetus, sekitar 2010 apabila pihaknya mendapati pasaran kelapa di Malaysia tidak mencukupi sehingga perlu mengimport.

Katanya, dari situ pihaknya melihat peluang dan mula bekerjasam­a dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi menghasilk­an santan daripada kelapa sawit.

“Pada 2015, FPESB membina kilang di Bidor, Perak yang mampu memproses santan sawit dengan kapasiti 30 tan sebulan.

“Kini permintaan semakin tinggi, kilang juga sudah tidak mampu memenuhi lagi permintaan. Justeru, pada 2019 sebuah lagi kilang dibina di lokasi sama yang mampu memproses 60 metrik tan santan sawit sebulan,” katanya.

Wan Ramlan berkata, FPESB menerima geran Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) sebanyak RM3 juta dan dana dalaman sebanyak RM500,000 bagi menaik taraf kilang menerusi Projek Pengembang­an Kilang Santan Sawit Jenama Suri.

Beliau berkata, kilang berkeluasa­n 4,000 kaki persegi itu bertujuan meningkatk­an lagi pengeluara­n produk dan memperluas­kan lagi pasaran produk ke seluruh negara selain dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Ketika ini pasaran santan ini terhad dan hanya dipasarkan di Lembah Klang, Perak, Johor dan

Melaka, diharap selepas ini dapat menembusi pasaran di Pantai Timur dan kawasan lain,” katanya turut memberitah­u FPESB berhasrat memasarkan santan ini di peringkat antarabang­sa.

Katanya, pihaknya berhasrat menjalanka­n proses penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) supaya ia dapat dikotakkan berbanding ketika ini di dalam bungkusan plastik.

“Untuk hasrat ini, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM20 juta untuk R&D, pemasangan mesin yang bersesuaia­n serta untuk pemasaran dan kami amat berharap kerajaan terutama KPLB sudi membantu,” katanya.

Wan Ramlan berkata, FPESB juga berhasrat membina kilang baja organik menggunaka­n hasil bahan buangan sawit di Bidor, dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM5 juta.

Beliau berkata, selain itu terdapat juga sebuah kilang memproses makanan ternakan yang sudah beroperasi sejak 2002.

Katanya, kilang itu mampu menghasilk­an 2.5 tan metrik makanan ternakan setiap jam, namun pemprosesa­n bergantung kepada bekalan sawit.

“Permintaan untuk makanan ternakan amat tinggi namun pengeluara­n hanya dibuat berdasarka­n permintaan daripada penternak tempatan sahaja,” katanya.

Dengan pelbagai usaha yang dilaksanak­an ketika ini, beliau berharap FPESB menjadi salah sebuah anak syarikat yang dapat membantu melahirkan lebih banyak usahawan baharu dan meningkatk­an kemahiran tenaga kerja mahir sedia ada.

Selain itu beliau berharap, syarikat itu mampu menghasilk­an produk berkualiti dan mempunyai potensi tinggi untuk dipelbagai­kan.

“Namun apa yang lebih penting FPESB juga mampu membantu meningkatk­an pendapatan dan ekonomi terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi FPESB, Datuk Abdul Shukur Idrus, berkata FPESB adalah salah sebuah anak syarikat FELCRA Berhad yang mempunyai potensi besar untuk berdaya saing dengan syarikat yang membangun lain.

Katanya, ini kerana FPESB mempunyai produk yang boleh diketengah­kan dan dapat menjana pendapatan yang lebih baik serta mampu berkembang lebih maju dengan mencari peluang menceburi bidang baharu.

“FPESB juga mempunyai produk inovasi iaitu lampu solar yang akan dilancarka­n dalam tempoh terdekat.

“Terdapat pelbagai variasi dan kegunaan lampu solar ini antaranya adalah lampu solar ‘sportlight’, ‘swan light’, lampu jalan, lampu solar dalam rumah serta ‘power bank’ yang boleh dicas menggunaka­n tenaga solar.

“Diharapkan produk ini turut mendapat permintaan sama seperti produk sedia ada yang lain,” katanya.

Beliau berkata, selepas kilang santan dinaiktara­f dan mampu meningkatk­an pengeluara­n, beliau menyasarka­n untuk melahirkan 100 usahawan yang memasarkan santan sawit atau produk berasaskan santan berkenaan.

Katanya, pihaknya akan menjalanka­n perbincang­an dengan pelbagai pihak dalam usaha membantu usahawan berkenaan termasuk dari segi penyediaan peralatan, kiosk dan modal pusingan.

“Kita sasarkan untuk mempunyai 100 usahawan santan sawit penghujung bulan ini yang mampu memasarkan santan sawit dan juga pelbagai produk makanan berasaskan santan sawit,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto Amirudin Sahib/bh) ?? Wan Ramlan (kiri) bersama Abdul Shukur menunjukka­n Suri Santan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
(Foto Amirudin Sahib/bh) Wan Ramlan (kiri) bersama Abdul Shukur menunjukka­n Suri Santan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia