Berita Harian

Pesara didakwa ubah wang haram RM1.7 juta

-

Suranderan (tengah) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit pengubahan wang haram hampir RM1.7 juta.

Shah Alam: Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas 12 pertuduhan terbabit pengubahan wang haram bernilai hampir RM1.7 juta.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, K Suranderan, 60, sejurus semua pertuduhan membabitka­n kesalahan yang didakwa dilakukann­ya di antara tempoh 2019 hingga 2021, dibacakan di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Berdasarka­n pertuduhan, Suranderan didakwa melupuskan wang RM1,685,543.27 yang juga hasil aktiviti haram ke dalam akaun bank milik empat syarikat, tiga individu serta empat akaun bank dan kad kredit miliknya sendiri, dengan nilai antara paling rendah RM11,398 dan paling tinggi RM516,480.

Semua kesalahan didakwa dilakukan di Bank OCBC (Malaysia) Cawangan Klang di antara 14 November 2019 hingga 29 Mac 2021.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau nilai hasil aktiviti atau RM5 juta atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ??
(Foto Faiz Anuar/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia