Berita Harian

Mayat tersangkut di pokok kelapa

-

Gua Musang: Mayat seorang lelaki ditemukan tersangkut pada pokok kelapa di FELDA Aring Satu, di sini, pagi semalam.

Mayat Zaharuddin Ramli, 47, ditemui tersangkut pada pokok berkenaan pada ketinggian 12 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan jam 8.45 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

“Sejurus tiba, anggota mendapati seorang lelaki yang tidak sedarkan diri tersangkut pada pokok kelapa.

“Anggota bomba menggunaka­n tangga untuk memanjat pokok, sebelum menurunkan mangsa pada ketinggian 12 meter menggunaka­n kaedah sambungan tali,” katanya semalam.

Beliau berkata, mayat itu diserahkan kepada pegawai perubatan untuk tindakan lanjut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan jam 11.40 pagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Sik Choon Foo, ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia