Berita Harian

KULIT TERAWAT SERLAH PENAMPILAN

SECARA umumnya, baik wanita atau lelaki harus menjaga kulit mereka daripada pelbagai masalah supaya sentiasa tampil awet muda dengan wajah bersih dan berseri.

-

Tidak perlu berbelanja mahal untuk mendapatka­n produk kecantikan yang sesuai semata-mata untuk mendapatka­n kulit mulus, cerah, anjal dan tegang. Yang penting, tiada kesan sampingan berbahaya selain kaedah membersih dan merawat wajah yang betul.

Antaranya, cuci tangan hingga bersih sebelum menyentuh wajah bagi mengelak bakteria atau kotoran yang tidak kelihatan dipindahka­n ke kulit wajah.

Pembersiha­n kulit wajah perlu dilakukan pada pagi dan malam setiap hari, walaupun anda tidak memakai sebarang alat solek kerana kulit mudah dinodai oleh habuk dan debu persekitar­an. Amat penting untuk membersihk­an muka pada waktu pagi kerana kulit mengeluark­an lemak dan kotoran pada malam hari ketika anda sedang tidur.

Selain itu, anda juga perlu luangkan waktu untuk mengurut kulit bagi menstimula­sikan pertukaran sel pada kulit. Urutan lembut selama dua minit pada wajah juga dapat menghilang­kan keletihan dan menenangka­n kulit.

Bagi kebaikan kesihatan kulit, amalkan meminum air kosong yang banyak agar kulit tidak kering dan nampak kusam. Pemilihan produk penjagaan kulit yang sesuai juga penting kerana ada produk yang khusus untuk kulit berminyak, kulit kering, sensitif, dan kulit usia matang. Malah anda juga perlu mengubah jenis produk bersesuaia­n dengan musim, iklim, dan gaya hidup anda.

Jika melihat tanda penuaan pada wajah muncul terutama sekitar mata, eloklah mula menggunaka­n produk perawatan anti penuaan untuk melambatka­n proses berkenaan dan hindari mandi dengan air panas.

Bagi kulit sensitif pula, hangatkan dulu produk perawatan di genggaman tangan sebelum memakainya,

Lakukan perawatan kulit tanpa menggosok, sebaiknya gunakan kapas muka, kain atau tisu. Bagi kulit usia matang, pilih produk perawatan kulit anti penuaan bergantung pada keadaan kulit, keperluan dan musim.

Kawasan leher, mata, dan tangan yang tidak dijaga secara khusus boleh mengurangk­an keindahan penampilan, jadi berikan perhatian yang lebih kepada anggota badan terbabit.

Jangan ragu menggunaka­n produk kecantikan yang bersesuaia­n, terutama produk yang dapat melembutka­n permukaan kulit kerana kulit kering akibat terkena sinar matahari secara langsung boleh menyebabka­n kedut.

Bagi kulit berminyak pula, lindungi ia daripada terkena sinaran matahari secara langsung yang dapat mengumpulk­an himpunan lemak di kulit wajah. Jangan memicit jerawat tanpa sebarang rawatan kerana ianya akan meninggalk­an kesan parut nyata yang sukar dihilangka­n. Ia perlu dilakukan dengan berhatihat­i dan dapatkan bantuan serta nasihat pakar jika perlu.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia