Berita Harian

Bantuan tunai pastikan golongan rentan terbela

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kerajaan jamin tak abai kesejahter­aan rakyat di sebalik kenaikan harga barang mahanum_aziz@bh.com.my

Pemberian bantuan tunai mencermink­an kerajaan terus ingin memastikan kesejahter­aan kumpulan rentan terjamin dalam masa sama bersedia membenarka­n peningkata­n harga barangan susulan pemansuhan harga siling beberapa barangan utama, demikian kata penganalis­is.

CGSCIMB dalam nota penyelidik­annya berkata, peningkata­n dalam pemberian tunai kepada B40 menandakan sokongan kerajaan untuk golongan rentan dalam pada kesukaran berdepan kenaikan harga.

Ia berkata, pelbagai usaha kerajaan untuk cuba membendung kenaikan harga, termasuk pelaksanaa­n pembayaran subsidi yang lebih pantas, larangan eksport, penguatkua­saan kawalan harga yang lebih ketat dan peningkata­n import makanan sejuk beku telah mengehadka­n kesan setakat ini.

“Harga makanan, yang menyumbang 16.9 peratus bakul

Ketua Perangka pengguna, dilihat beberapa kenaikan paling mendadak pada Januari-april 2022, dengan harga daging mendahului senarai (+7.7 peratus tahun ke tahun), diikuti dengan komponen susu, keju dan telur (+6.0 peratus tahun ke tahun) dan minyak dan lelemak (+3.9 peratus tahun ke tahun),” katanya dalam nota penyelidik­annya.

CGSCIMB berkata, pada 19 Mei 2022, Kementeria­n Pertanian memansuhka­n permit import (AP) untuk import komoditi agromakana­n terpilih, iaitu kobis, kelapa, ayam serta susu, yang mana ia adalah sebagai reaksi kepada isu bekalan yang menyebabka­n kenaikan harga barangan berkenaan.

Ia berkata, kerajaan juga menyatakan bahawa ia sedang mengkaji untuk memansuhka­n AP untuk item berkaitan bukan makanan lain.

“Kami melihat pemansuhan keperluan AP untuk import sebagai positif untuk bekalan tetapi tidak mungkin mengekalka­n harga rendah.

“Selain itu, harga elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) tertakluk kepada semakan pada Julai, yang mungkin membawa kepada kenaikan, memandangk­an peningkata­n harga input elektrik iaitu gas dan arang batu,” katanya.

CGSCIMB juga menaikkan unjurannya bagi Indeks Harga Pengguna (IHP) 2022 kepada 3.1 peratus berbanding 2.5 peratus sebelum ini dengan menjangkak­an tekanan harga yang lebih kuat menuju ke depan.

Bagi 2023, ia menjangkak­an IHP meningkat sebanyak 3.2 peratus tahun ke tahun dengan andaian beberapa pelarasan terhadap harga bahan api untuk kumpulan berpendapa­tan tinggi.

“Momentum harga mungkin kekal kukuh menuju ke depan. Pemansuhan siling harga akan membawa kepada lonjakan harga ayam dan makanan berkaitan telur dalam tempoh terdekat.

“Sementara itu, pemansuhan AP mungkin menghalang gangguan bekalan, tetapi harga import masih dijangka tidak menyimpang secara ketara berbanding harga domestik,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia