Berita Harian

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sederhana

-

Prestasi Indeks Pelopor (IP) yang menjadi alat digunakan untuk menjangkak­an kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan, menyederha­na pada April kepada 0.5 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pertumbuha­n negatif yang dicatatkan pada bulan dikaji adalah lebih baik berbanding -1.4 peratus yang direkodkan pada Mac 2022.

Beliau berkata, penurunan dalam IP dipengaruh­i terutama oleh kemerosota­n bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan disebabkan oleh penurunan permohonan daripada pemaju pada bulan berkenaan.

Katanya, berdasarka­n perbanding­an bulan ke bulan, IP menyusut kepada -0.5 peratus disebabkan oleh bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (-1.4 peratus), bilangan syarikat baru didaftar (-0.5 peratus) dan indeks perusahaan Bursa Malaysia (-0.3 peratus).

“Walaupun IP perlahan pada bulan dikaji, hala tuju yang ditunjukka­n oleh IP terlicin kekal menggalakk­an dengan konsisten melebihi arah aliran jangka panjang dan mencatatka­n mata indeks yang lebih baik. Ini menunjukka­n hala tuju trend pemulihan ekonomi Malaysia bertambah baik.

“Namun begitu, isu inflasi dan kenaikan harga komoditi perlu diberi perhatian dengan mengambil kira situasi global,” katanya dalam laporan Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan Bagi April 2022 yang diterbitka­n, semalam.

Bagi Indeks Serentak (IS), Mohd Uzir berkata, alat yang mengukur prestasi ekonomi semasa secara keseluruha­n semakin meningkat sejak Februari 2022, mencermink­an peningkata­n dalam aktiviti ekonomi dengan pengoperas­ian lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial pada kapasiti penuh.

“IS terus meningkat sebanyak 5.3 peratus tahun ke tahun untuk mencapai 120.3 mata pada April 2022. Berasaskan bulanan, pertumbuha­n IS meningkat kepada 2.0 peratus pada bulan rujukan berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.

“Pertumbuha­n ini didorong oleh peningkata­n ketara dalam indeks kuantiti perdaganga­n runcit (1.6 peratus). Berhubung dengan tempoh rujukan bagi kitaran perniagaan di Malaysia, IS mengesan kemeleseta­n akibat COVID-19 bermula pada Februari 2020 dan berakhir pada Julai 2021,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia