Berita Harian

PERODUA buka tempahan Alza baharu

-

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) membuka tempahan untuk Perodua Alza baharu yang menggantik­an model sebelumnya dengan penambahba­ikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil.

Dengan harga tentatif antara RM62,000 hingga RM75,000 (harga di Semenanjun­g, tanpa insurans dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza baharu menyediaka­n ruang yang lebih luas untuk penumpangn­ya dan pada masa yang sama meningkatk­an kestabilan pemanduan.

Disediakan dalam tiga varian, X, H dan AV; Perodua Alza baharu didatangka­n dengan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Garnet Red, Elegant Black (baharu) dan Vintage Brown (baharu).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata pengeluar kereta kompak nasional itu mengambil masa mereka bentuk model baharu ini kerana memahami kehendak pelanggan.

“Antara permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan yang lebih baik. Untuk itu, kami menambah baik ‘Ground Clearance’ Perodua Alza baharu kepada 160 milimeter (mm) yang mana pada penilaian kami, ia adalah ketinggian terbaik untuk pemanduan yang menyenangk­an untuk sebuah kenderaan pelbagai guna” katanya dalam satu kenyataan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia