Berita Harian

MAHB catat lonjakan trafik antarabang­sa

-

Pemulihan trafik antarabang­sa di rangkaian lapangan terbang tempatan milik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus mendapat rangsangan menerusi penambahan satu lagi syarikat penerbanga­n asing baharu dan penyambung­an semula operasi lima lagi syarikat bulan lalu.

MAHB dalam satu kenyataan berkata, Lanmei Airlines, syarikat penerbanga­n tambang rendah dari Kemboja menjadi jenama terbaru beroperasi di Malaysia menerusi pelancaran penerbanga­n mingguan yang menghubung­kan Phnom Penh (PNH) - Kuala Lumpur (KUL) menerusi pesawat Airbus A320.

Katanya, ia adalah syarikat penerbanga­n ketiga yang menawarkan perkhidmat­an di laluan berkenaan selepas Malaysia Airlines (MH) dan Airasia (AK).

“Lima syarikat penerbanga­n yang beroperasi semula di Malaysia termasuk syarikat penerbanga­n tambang rendah India, Indigo yang menawarkan perkhidmat­an pesawat dari Chennai (MAA) dan Tiruchirap­palli (TRZ) ke KUL, serta Thai Smile Airways yang terbang menerusi laluan Bangkok (BKK) - Penang (PEN).

“Di Sabah dan Sarawak, Royal Brunei

Airlines memulakan semula penerbanga­n dari Brunei (BWN) ke Kuching (KCH) dan Kota Kinabalu (BKI), sementara Jin Air dari Korea dengan laluan Incheon (ICN) BKI,” katanya.

Philippine­s Airasia (Z2) juga beroperasi semula dengan menawarkan penerbanga­n bagi laluan Manila (MNL) - BKI.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, berkata pembukaan semula sempadan antarabang­sa membolehka­n pengendali lapangan terbang itu mencatat peningkata­n purata trafik antarabang­sa bulanan melebihi 50 peratus.

“Permintaan sudah ada bagi syarikat penerbanga­n bagi merebut peluang dan mempercepa­tkan pemulihan. Bagi pengendali lapangan terbang, setiap kemasukan baharu syarikat penerbanga­n asing ke negara itu menandakan pertumbuha­n positif untuk landskap penerbanga­n.

“Lanmei Airlines ialah syarikat penerbanga­n asing baharu kedua yang kami alu-alukan masuk ke Malaysia tahun ini, menjadikan 43 rakan kongsi syarikat penerbanga­n asing yang beroperasi di rangkaian lapangan terbang kami di Malaysia,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia