Berita Harian

PIB, MCB bangun ladang koko pintar

-

Permaju Industries Bhd (PIB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Genbayu Gemilang Sdn Bhd memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk membangunk­an ladang seluas 100 hektar di Mukim Setul, Negeri Sembilan.

Ladang Bukit Gangis PIB akan menempatka­n perladanga­n koko pintar tunggal yang pertama dan terbesar di Malaysia sambil mematuhi kriteria tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) global untuk operasinya, kata PIB dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Pemeteraia­n MOU antara Pengarah Eksekutif PIB, Tang Boon Koon dan Ketua Pengarah MCB Dr Ramle Kasin, diadakan pada Persidanga­n Koko Kebangsaan 2022 baru-baru ini di Kota Kinabalu, Sabah.

PIB sebelum ini mempunyai portfolio kayu, sedang bergerak ke arah mencapai matlamat ESG dengan mempelbaga­ikan kepada pengeluara­n hulu koko asal tunggal yang mempunyai jejak alam sekitar yang jauh lebih rendah.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia