Berita Harian

Tuju Setia bida projek RM2.8 bilion

-

Penyedia perkhidmat­an pembinaan, Tuju Setia Bhd menyertai tender projek bernilai RM2.8 bilion untuk membina bangunan bertingkat dan perindustr­ian, selain hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan.

Pengarah Urusan Tuju Setia, Wee Eng Kong, berkata walaupun harga bahan binaan seperti keluli dan konkrit meningkat, masih terdapat tender aktif bagi bangunan penting seperti kediaman, hospital serta kemudahan penjagaan kesihatan.

“Kepakaran kami membina bangunan tinggi, terutama kediaman mampu milik hingga premium dan bangunan komersial yang terletak strategik di lokasi yang mempunyai permintaan kukuh.

“Dua kontrak terkini yang kami peroleh daripada Sunway mencermink­an permintaan ini,“katanya dalam satu kenyataan.

Pesanan sedia ada Tuju Setia bernilai RM1.5 bilion, termasuk kontrak RM257 juta Jernih Residence (Kajang) yang diperoleh pada 20 Jun 2022 dan Sunway d’hill Residence (Petaling Jaya) bernilai RM311.7 juta yang dimenangi pada 30 Disember 2021.

Projek lain yang sedang dilaksanak­an adalah Mutiara Central Office Suites (Cheras), Riana Dutamas - Fasa 2 (Segambut), Lakefront Condominiu­ms di Emerald Hills (Cheras), TUAI Residence (Setia Alam),

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia