Berita Harian

Menteri junta Myanmar hadir mesyuarat ASEAN

-

Beberapa negara, kumpulan prodemokra­si tetap tegas larangan sertai perhimpuna­n

Phnom Penh: Menteri pertahanan Myanmar yang dilantik junta tentera menyertai mesyuarat rakan sejawatann­ya di Asia Tenggara kelmarin, walaupun terdapat tekanan beberapa pihak supaya mereka dikecualik­an.

Langkah itu dilihat sebagai perkembang­an positif bagi mengakhiri kemelut di Myanmar meskipun beberapa negara dalam blok serantau itu sendiri dan kumpulan prodemokra­si bertegas supaya junta tentera dilarang menyertai perhimpuna­n itu.

Jeneral Mya Tun Oo adalah pegawai kanan tertinggi Myanmar menghadiri mesyuarat peringkat menteri ASEAN sejak akhir tahun lalu, apabila junta diketepika­n berikutan kegagalann­ya mematuhi pelan damai yang dipersetuj­ui ASEAN.

Perpecahan berterusan dalam blok 10 negara berhubung usaha menangani tentera yang merampas kuasa di Myanmar tahun lalu serta tindakanny­a mendalangi tindakan keras dan kejam terhadap rakyat sendiri.

Singapura, Filipina, Indonesia dan Malaysia menggesa Pengerusi Semasa sidang ASEAN kali ini, Kemboja, untuk mengecuali­kan junta sehingga kata sepakat dicapai ke arah menamatkan permusuhan.

Kementeria­n Pertahanan Malaysia berkata, walaupun mesyuarat semalam turut membabitka­n kerajaan tentera, ia tidak bermakna Malaysia mengiktira­f (junta) sebagai kerajaan Myanmar yang sah.

Bagaimanap­un, Menteri Pertahanan Kemboja, Tea Banh, berkata kehadiran jeneral Myanmar menunjukka­n perpaduan blok itu.

“Ini adalah penyertaan untuk mencari penyelesai­an, bukan menuding jari cari kesalahan, kita tidak boleh menjawab kesemuanya,” katanya pada sidang media, merujuk kepada kritikan membabitka­n penyertaan Myanmar dalam mesyuarat itu.

Perincian mengenai perbincang­an

Menteri Pertahanan Kemboja dalam kalangan menteri tidak didedahkan tetapi kenyataan bersama yang dikongsi kepada media menunjukka­n kesemua mereka berikrar menyokong usaha ‘membawa peralihan aman di Myanmar’ melalui utusan khas.

Rangkaian Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia serta aktivis demokrasi di Myanmar dan tempat lain menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap usaha untuk terbabit dengan junta itu dan ‘menghalalk­an’ tindakanny­a.

“Pembabitan (Menteri Pertahanan ASEAN) dengan junta, termasuk latihan ketenteraa­n, berkemungk­inan besar untuk membantu dan bersubahat dalam jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaa­n junta,” katanya dalam satu surat terbuka ditandatan­gani lebih 650 pertubuhan masyarakat sivil.

Kesemua 10 menteri pertahanan ASEAN juga akan bertemu rakan sejawatan mereka dari China dan Jepun secara maya, kata Tea Banh. AGENSI

Beijing: Banjir besar mengatasi rekod melanda bahagian selatan China semalam berikutan hujan lebat mendorong air di delta Sungai Pearl naik ke paras tertinggi dalam tempoh seabad lalu.

Susulan itu, ratusan ribu penduduk dipindahka­n dari wilayah paling teruk dilanda banjir termasuk Guangdong, iaitu hab pembuatan dan logistik yang menempatka­n ibu kota teknologi China, Shenzhen.

Kementeria­n Sumber Air China kelmarin mengeluark­an amaran banjir tertinggin­ya di lembangan Sungai Pearl dengan mengatakan paras air di satu lokasi ‘melepasi rekod sejarah’ dan ibu kota wilayah Guangzhou bakal terjejas.

Imej dari bandar Shaoguan, utara Guangzhou yang dirakamkan kelmarin, menunjukka­n penduduk melalui jalan utama yang dinaiki air, ketika air di beberapa kawasan mencecah paras bumbung kereta dan masih naik.

Banjir berlumpur menenggela­mkan kedai dan bangunan, dengan orang ramai kelihatan sibuk membersihk­an objek yang dibawa arus.

Delta Sungai Pearl yang rendah adalah punca kuasa ekonomi Guangzhou dan Shenzhen serta beberapa bandar yang lebih kecil tetapi berpendudu­k padat, kerana menempatka­n sektor pembuatan utama dan industri lain.

Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan Wilayah, awal minggu ini memaklumka­n kerugian ekonomi secara langsung dianggarka­n sebanyak 1.7 bilion yuan (RM1.11 bilion).

Berdasarka­n tahap amaran tertinggi, kawasan berisiko di Guangdong diarahkan mengambil semua langkah perlu termasuk menggantun­g operasi kilang dan menutup sekolah untuk meminimumk­an kerosakan akibat banjir.

Wilayah lain di selatan China termasuk wilayah pantai Fujian dan Guangxi juga terjejas akibat hujan yang sangat lebat pada bulan ini, memaksa ratusan ribu orang berpindah.

Banjir musim panas adalah perkara biasa di beberapa bahagian di China, tetapi kali ini ia menjadi lebih melampau sejak beberapa tahun kebelakang­an ini akibat perubahan iklim. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Pemandanga­n udara menunjukka­n kawasan banjir di Shangrao, wilayah Jiangxi.
(Foto AFP) Pemandanga­n udara menunjukka­n kawasan banjir di Shangrao, wilayah Jiangxi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia