Berita Harian

Kehilangan biodiversi­ti kurangkan penarafan kredit global

-

London: Penyelidik memberi amaran kehilangan biodiversi­ti global secara besar-besaran boleh menyebabka­n kerosakan ekonomi serius sehingga akhir dekad ini.

Antara kesannya termasuk berupaya mengurangk­an lebih daripada separuh penarafan kredit kerajaan di dunia, kata laporan pertama kajian utama mengenai isu terbabit yang diterbitka­n oleh sekumpulan universiti di Britain semalam.

Penyelidik­an itu melihat pelbagai senario, termasuk bagaimana sebahagian keruntuhan ekosistem utama memusnahka­n industri bergantung kepada alam semula jadi seperti pertanian dan perikanan yang mana sesetengah ekonomi bergantung penuh kepadanya.

Ia menganggar­kan bahawa kesan buruk itu akan mengakibat­kan 58 peratus daripada 26 negara yang dikaji menghadapi sekurang-kurangnya satu tahap penurunan penarafan kredit kerajaan mereka.

Memandangk­an penarafan mempengaru­hi jumlah perlu dibayar oleh kerajaan untuk meminjam di pasaran modal global, penurunan taraf akan mengakibat­kan antara AS$28 (RM123.27 bilion) hingga AS$53 bilion (RM233.33 bilion) kos faedah tambahan setiap tahun.

“Kesan penarafan di bawah senario keruntuhan sebahagian perkhidmat­an ekosistem adalah dalam banyak kes penting dan besar,” kata laporan itu.

Pada masa sama, kos hutang tambahan itu bermakna kerajaan mempunyai lebih perbelanja­an termasuk kadar gadai janji juga akan meningkat.

Kajian yang dijalankan oleh University of East Anglia, Cambridge,

Sheffield Hallam University dan SOAS University of London menunjukka­n China dan Malaysia paling teruk terjejas, dengan penurunan penarafan lebih daripada enam takuk dalam senario keruntuhan separa.

India, Bangladesh, Indonesia dan Ethiopia akan menghadapi penurunan taraf kira-kira empat takuk, manakala hampir satu pertiga daripada negara yang dianalisis akan melihat penurunan lebih daripada tiga takuk.

Bagi China, penurunan kepercayaa­n kredit itu akan menambah AS$12 (RM52.83 bilion) hingga AS$18 bilion (RM79.24 bilion) kepada bil pembayaran faedah tahunannya.

Sementara itu, sektor korporat negara yang sangat berhutang akan menanggung tambahan AS$20 bilion hingga AS$30 bilion (RM88.05 bilion hingga RM132.07 bilion).

Kos Malaysia akan meningkat antara AS$1 bilion hingga AS$2.6 bilion (RM4.4 bilion hingga RM11.45 bilion), manakala syarikat perlu menampung tambahan AS$1 bilion hingga AS$2.3 bilion (RM4.4 bilion hingga RM10.13 bilion). REUTERS

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia