Berita Harian

Virus polio dalam sampel kumbahan di London

-

Geneva: Sejenis virus polio yang diperoleh daripada vaksin dikesan dalam sampel loji kumbahan di London, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pegawai Kesihatan Britain, sambil menambah lebih banyak analisis sedang dijalankan.

Bagaimanap­un, tiada kes polio manusia ditemui di Britain, di mana penyakit membawa kelumpuhan itu sudah dihapuskan sepenuhnya dua dekad lalu.

WHO, dalam kenyataann­ya, berkata virus polio yang berasal daripada vaksin jenis 2 (VDPV2) ditemui dalam sampel alam sekitar di ibu negara Britain.

“Adalah penting diketahui virus itu sudah diasingkan daripada sampel persekitar­an sahaja,” katanya sambil menekankan tiada kes lumpuh yang berkaitan dikesan.

Bagaimanap­un, pertubuhan itu memberi amaran bahawa sebarang bentuk virus polio adalah ancaman di mana-mana sahaja kanak-kanak berada.

Usaha global besar-besaran sejak beberapa dekad kebelakang­an ini hampir menghapusk­an polio, penyakit virus yang melumpuhka­n dan berpotensi membawa maut, kebanyakan­nya memberi kesan kepada kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Kes akibat virus itu menurun sebanyak 99 peratus sejak 1988, apabila polio menjadi endemik di 125 negara dan 350,000 kes direkodkan di seluruh dunia.

Versi liar virus itu kini hanya wujud di Afghanista­n dan Pakistan, tetapi sejenis vaksin yang mengandung­i sejumlah kecil polio lemah tetapi polio yang hidup masih menyebabka­n wabak muncul semula secara bermusim di tempat lain.

Vaksin polio oral (OPV) mereka bentuk atau melakukan replikasi dalam usus dan boleh berpindah kepada orang lain melalui air najis tercemar.

Namun, ini tidak bermakna ia akan memberi kesan kepada kanak-kanak yang sudah diberi vaksin, tetapi boleh menjangkit­i yang lain di tempat di mana tahap kebersihan dan imunisasi adalah rendah.

Walaupun lebih lemah daripada virus polio liar, varian ini boleh mengakibat­kan penyakit serius dan lumpuh pada orang yang tidak divaksin terhadap penyakit itu.

Menurut WHO, di seluruh dunia, terdapat 959 kes VDPV2 yang disahkan pada 2020, .

Dalam pada itu, pakar pembasmian polio, Kathlene O‘reilly, kelmarin memberi amaran penemuan dalam sampel loji kumbahan London mungkin membawa petanda terdapat penyebaran virus polio setempat.

“Ini berkemungk­inan besar terdapat dalam individu tidak menerima imunisasi polio yang terkini,” katanya. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia