Berita Harian

AS beri komitmen sokong Lithuania hadapi ancaman Moscow

-

Washington: Amerika Syarikat (AS) menegaskan ia berdiri teguh menyokong Lithuania untuk mempertaha­nkan negara kecil itu selepas Russia mengancam menyerangn­ya selepas sekatan laluan kereta api.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, berkata di samping komitmenny­a menerusi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), negara itu secara peribadi menyokong Lithuania.

“Khususnya komitmen kami terhadap Artikel Lima NATO bahawa serangan terhadap satu (anggota) adalah serangan ke atas semua

- komitmen daripada pihak AS adalah kukuh,” katanya.

Lithuania, bekas republik Kesatuan Soviet, adalah anggota NATO dan Kesatuan Eropah (EU), menjadi antara negara paling lantang menentang penceroboh­an Russia ke atas Ukraine.

Lithuania berkata ia akan menyekat transit kereta api di bawah langkah sekatan EU, melumpuhka­n penghantar­an barangan Russia ke Kaliningra­d, sebuah kawasan terpencil Russia di Laut Baltik yang terletak antara Lithuania dengan Poland.

Russia memberi amaran bahawa ia ‘pasti akan bertindak balas’ berhubung ‘tindakan bermusuhan’ itu.

Price berkata, AS mengalualu­kan ‘langkah ekonomi belum pernah berlaku sebelum ini’ yang diambil Lithuania dan negara lain terhadap Russia atas penceroboh­annya itu.

Ditanya mengenai kenyataan Russia itu, Price berkata,

Ned Price pihaknya tidak akan membuat spekulasi mengenai amaran Russia dan tidak mahu memberikan­nya perhatian berlebihan.

Di medan pertempura­n, tentera Ukraine dan Russia terus bertempur sengit di timur Ukraine menjelang 22 Jun - hari peringatan di kedua-dua negara menandakan ulang tahun penceroboh­an Hitler ke atas Kesatuan Soviet pada 1941.

Pertempura­n yang berlangsun­g selama beberapa bulan memihak kepada Russia dalam beberapa minggu lalu disebabkan kelebihan senjata meriam Russia, satu fakta yang diakui Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, dalam ucapan hariannya.

“Disebabkan gerakan taktikal, tentera Ukraine masih dapat mengukuhka­n pertahanan­nya di wilayah Luhansk. Ia benarbenar kawasan paling sukar, penjajah juga memberi tekanan hebat ke arah Donetsk.

“Sama dengan aktifnya kami berjuang bagi mendapatka­n keputusan positif EU mengenai status calon Ukraine, kami juga berjuang setiap hari bagi mendapatka­n persenjata­an moden bagi negara kami.

“Kami tidak berhenti buat satu hari pun,” kata Zelensky, menggesa negara yang menyokong Ukraine untuk mempercepa­tkan penghantar­an senjata.

Dalam keputusan simbolik, Ukraine bakal menjadi calon rasmi bagi keanggotaa­n EU hari ini, kata seorang diplomat EU.

AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia