Berita Harian

Klip video himpun tokoh popular

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

Panduan langkah keselamata­n konsep semangat Malaysia tarik perhatian ramai bhnews@bh.com.my

Sejak dimuat naik di Youtube kelmarin, video panduan keselamata­n terbaru terbitan Malaysia Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines), tular dan menjadi topik laman sembang.

Diarah figura seni yang banyak menghasilk­an projek pentas bertaraf antarabang­sa seperti Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) dan P Ramlee The Musical, iaitu Puan Seri Tiara Jacquelina, klip video berdurasi tujuh minit 36 saat berjudul Satu, Dua, Tiga, Jom! itu mendapat reaksi baik penonton yang rata-ratanya kagum dengan kreativiti ditonjolka­n.

Paling ketara, klip video yang akan mula disiarkan dalam pesawat Malaysia Airlines, Ogos depan, menghimpun­kan ramai tokoh popular merangkumi pelbagai bidang.

Antaranya ahli astrofizik, Tan Sri Mazlan Othman; Ikon Kemanusian, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood; Miss Malaysia/universe 2020, Francisca Luhong James; gimnas negara, Farah Ann Hadi dan pereka fesyen, Syomir Izwa Gupta.

Tidak ketinggala­n selebriti popular Diana Danielle; Datuk

Yusry, Lisa dan dua anak mereka turut beraksi dalam video keselamata­n penerbanga­n yang diterbitka­n Malaysia Airlines.

Yusry Abd Halim bersama isteri, Datin Lisa Surihani serta dua anak; selain Sangeeta Krishnasam­y; penyanyi rap, Arabyrd; Azman Naim; penyanyi jazz, Ida Mariana; pelakon Ola Bola The Musical dan kru kabin Malaysia Airlines.

Melihat barisan pelakon ditampilka­n, mungkin ramai menyangka kos pembikinan video panduan keselamata­n Malaysia Airlines ini tinggi.

Namun, bagi Tiara, tiada yang lebih menyentuh hati apabila ramai daripada pelakon terbabit yang juga kenalannya, sanggup dibayar ‘token’ iaitu dalam kadar rendah sebagai tanda, demi merealisas­ikan projek itu.

Atas kesudian mereka, sebahagian daripada kos pembikinan klip video itu dapat dijimatkan.

Tiara berkata, beliau memilih anak tempatan yang juga personalit­i terkenal untuk dipaparkan dalam klip video berkenaan bagi melambangk­an semangat Malaysia.

“Pada mulanya, kami ingin menghasilk­an video keselamata­n melambangk­an budaya Malaysia. Namun, konsep itu dikembangk­an dengan memaparkan semangat Malaysia kerana ramai figura hebat terbabit dalam projek ini.

“Saya beruntung berjaya menghimpun­kan ramai figura hebat kerana kebanyakan daripada mereka adalah kenalan saya. Saya juga sangat berbesar hati apabila mereka sanggup muncul biarpun dibayar ‘token’. Jadi, apabila membabitka­n ramai figura hebat, pasti ramai yang menyangka kos menghasilk­an video keselamata­n ini menelan jutaan ringgit.

“Hakikat sebenar bukan begitu. Kami juga faham keadaan Malaysia Airlines selepas pandemik COVID-19,” katanya kepada

Tiara berkata, syarikat penerbitan­nya, Enfiniti Production­s (M) Sdn Bhd berusaha menghasilk­an klip video yang tampak mahal, namun mengikut bajet

Malaysia Airlines.

“Dengan kerjasama 150 bakat yang sanggup bertolak ansur dalam soal kadar bayaran, ia sangat membantu dalam aspek penjimatan kos,” katanya.

Tiara berkata, biarpun dipersemba­hkan dalam bentuk muzikal, klip video itu memaparkan lapan langkah keselamata­n yang wajib dilaksanak­an mengikut syarat industri penerbanga­n antarabang­sa seperti pemakaian tali pinggang keledar dan jaket keselamata­n serta panduan lain.

Tambah Tiara, beliau cukup berhati-hati dalam memberi sentuhan kreatif pertama sebagai pengarah kerana enggan mengecewak­an MAS sebagai klien dan rakyat Malaysia.

“Bukan mudah hendak memastikan penumpang memberi perhatian ketika kru kabin menyampaik­an langkah keselamata­n dalam pesawat. Jadi, kepercayaa­n diberi Malaysia Airlines adalah tanggungja­wab besar buat saya untuk memastikan penonton ‘melekat’ kepada klip video itu.

“Sehubungan itu, saya ambil masa hampir tiga bulan untuk tampil dengan konsep video. Ini termasuk membuat persediaan intensif seperti penghasila­n papan cerita, komposisi lagu, latihan sehinggala­h kepada penggambar­an selama tiga hari.

“Saya tidak boleh mengelak daripada berasa gementar kerana ini taruhan pertama sebagai pengarah. Namun, bagi memantapka­n sentuhan, saya dapatkan khidmat Yusry kerana beliau lebih mahir dalam sudut teknikal,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia