Berita Harian

Anak didik tunjuk apresiasi

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Jamal Abdillah dapat restu Ahmad Nawab anjur konsert ‘tribute’ di IB, bulan depan farihad@bh.com.my

Kalau bukan sekarang, bila lagi? Itu rasional Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah mengambil inisiatif menganjurk­an Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab yang bakal menghangat­kan Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di ibu negara, selama tiga hari mulai 1 Julai ini.

Layak bergelar pemuzik dan komposer legenda, Jamal yang dianggap protege Ahmad Nawab, mahu seniman itu dihargai ketika hayatnya masih ada.

“Kita semua membesar dengan lagu-lagunya. Malah, 10 tahun lalu di radio, kalau ada lagu instrument­al, semuanya hasil ciptaan Ahmad Nawab.

“Justeru, ketika beliau masih hidup inilah, kita kena menghargai­nya,” katanya pada sidang media mengumumka­n penganjura­n konsert itu di Selasar Pualam, IB, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusof dan artis yang akan menjayakan konsert berkenaan iaitu Datuk Khadijah Ibrahim atau Khaty, Ramlah Ram dan Shidee.

Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab

Jamal (kanan) bersama artis jemputan Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Seri Ahmad Nawab iaitu Ramlah, Shidee dan Khaty pada sidang media di Istana Budaya, baru-baru ini.

dibawakan khas Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), IB dan Bin Jamal Event Sdn Bhd.

Jamal mengakui bertuah dapat menganjurk­an konsert bagi meluahkan apresiasi terhadap jasa dan sumbangan seniman negara itu biarpun timbul halangan yang hampir membuatkan acara berkenaan tidak dapat diteruskan.

“Sebelum ini, disebabkan kesihatan Ahmad Nawab yang tidak begitu baik, konsert ini hampir dibatalkan.

“Kali terakhir kami melawatnya, beliau tampak uzur. Bagaimanap­un, beliau akhirnya bersetuju dan bersemanga­t untuk membuat penampilan istimewa pada malam itu.

“Harapan saya, semoga Ahmad Nawab dikurniaka­n kesihatan yang baik dan dapat membuat persembaha­n,” katanya.

Berkongsi konsep persembaha­n pada malam itu, Jamal berkata, penyanyi diundang akan mempersemb­ahkan lagu hasil ciptaan Ahmad Nawab yang cukup sinonim dengan tiupan saksafon itu.

“Selain lagu popular, saya akan menyanyika­n lagu ditulis olehnya seperti Taman Firdausi yang dipopulark­an Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee dan Seiring Sejalan.

“Untuk lagu Taman Firdausi, saya akan berduet dengan penyanyi Wany Hasrita. Bagi lagu Seiring Sejalan, saya akan berpadu suara dengan Khaty,” katanya.

Jamal berkata, walaupun Ahmad Nawab memberi lampu hijau untuk konsert itu diteruskan, namun ada syarat yang perlu dipatuhiny­a sebagai penganjur.

“Untuk konsert itu, Ahmad Nawab meminta supaya muzik setiap lagu tidak diubah hingga menghilang­kan identiti dirinya.

“Beliau juga bertanya mengapa tidak menampilka­n penyanyi lain seperti Uji Rashid, Hail Amir dan Datuk DJ Dave yang juga anak didiknya.

“Alasan saya, masalah bajet terhad menghalang saya untuk menampilka­n ramai artis dalam konsert ini,” katanya.

Mengenai pemilihan Wany, Jamal ada alasan mengundang teman duet melalui lagu

Rindu itu.

“Selain faktor Wany ada ramai pengikut, saya harap kemunculan­nya dapat menarik lebih ramai anak muda untuk menyaksika­n konsert itu,” katanya.

Menyorot portfolio gah Ahmad Nawab yang kini berusia 90 tahun, beliau menghasilk­an lebih 2,000 lagu dan kebanyakan dendangan ciptaannya malar segar apabila masih lagi diputarkan di radio.

Pada 2006, Kementeria­n Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menganuger­ahkan Ahmad Nawab gelaran Seniman Negara ketujuh, sekali gus menjadi penganuger­ahan tertinggi kepada seniman terutama yang bergiat dalam bidang muzik.

Belenggu

Aina membuat persiapan rapi menjayakan konsert di Istana Budaya, esok.

 ?? (Foto Amirudin Sahib/bh) ??
(Foto Amirudin Sahib/bh)
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia