Berita Harian

Aina Abdul janji busana tidak keterlalua­n dalam konsert esok

-

Sering mengundang kecaman akibat cenderung melakukan eksplorasi fesyen, Aina Abdul yang bakal mementaska­n konsert dua malam di Istana Budaya (IB), esok, berjanji akan menjaga sensitivit­i dalam berpakaian.

Namun, Aina yang mementaska­n Konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 2.0 di Panggung Sari, IB, masih mahu mengekalka­n identiti eksentrik dalam bergaya, tetapi mengikut saranan peminat.

“Saya akan tampil dengan busana berbeza pada malam pertama dan kedua. Saya bakal memperagak­an 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan.

“Antara pereka itu adalah Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.

“Saya masih berani bereksperi­men dalam fesyen, namun pada masa sama menjaga sensitivit­i agar tidak terkait isu panas,” katanya kepada HIP.

Tambah pemenang program realiti, Vokal Mania dan The Masked Singer, busana yang digayakan mempunyai maksud tersendiri.

“Malah, ada busana bersifat ekstravaga­nza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti... Saya memang tidak sabar,” katanya.

Bercerita mengenai konsert solo keduanya itu, Aina mahu menjadikan­nya sebagai medan menonjolka­n bakat.

Pada masa sama, Aina mahu menzahirka­n terima kasih kepada peminat yang menyokongn­ya sejak mula bertapak dalam dunia seni.

“Alhamdulil­lah, persiapan konsert semuanya lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan pasukan Aina Abdul Entertainm­ent untuk memberikan sesuatu kepada peminat.

“Kalau boleh, pada malam konsert, saya hendak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan. Kita sama-sama menangis, ketawa dan menyanyi.

“Saya hendak semua orang puas menyaksika­n konsert ini. Saya memohon doa peminat agar perjalanan konsert dua malam itu dipermudah­kan. Insyaallah,” katanya.

Akhir bulan lalu, Aina dikecam berikutan mengenakan tudung persis rahib ketika menghadiri sidang media Konsert ANWAA 2.0.

Berikutan itu, Aina memohon maaf melalui hantaran dimuat naik di Instagram (IG).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia