Berita Harian

‘Kami akan merindui awak’

-

London: Mohamed Salah memuat naik kenyataan menyentuh hati atas sumbangan Sadio Mane selepas pemain itu mengesahka­n perpindaha­n ke Bayern Munich.

Bintang Senegal berusia 30 tahun itu melengkapk­an perpindaha­n £35 juta (RM189.06 juta) kelmarin dan menandatan­gani perjanjian selama tiga tahun bernilai kira-kira £250,000 (RM1.35 juta) seminggu seterusnya menamatkan enam musim di Anfield.

Bagaimanap­un Mane meninggalk­an rakan serangan dan kawan karibnya, Salah yang sedih dengan pemergiann­ya. Wira Mesir itu yang kini bercuti, memuat naik gambar mereka bersama pada akaun Twitter miliknya termasuk ketika meraikan Piala FA bulan lalu.

Dia menulis: “Ia perjalanan yang agak panjang! “Terima kasih atas semua tempoh yang bagus dan saya doakan awak yang terbaik dalam pengembara­an baharu! Kami semua akan merindui awak.”

Pasangan berkenaan melalui kejayaan bersama di Anfield dengan Salah menyertai Liverpool pada 2017, setahun selepas Mane tiba dari Southampto­n. Dalam tempoh lima tahun itu, mereka menang Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga, Liga Juarajuara, Piala Dunia Kelab dan Piala Super.

Sementara itu di Munich, Mane menegaskan dia ‘tidak berfikir dua kali’ untuk menyertai Bayern dari Liverpool walaupun menerima tawaran lain kerana ia adalah ‘kelab yang sebenar dan masa yang sesuai untuk berhijrah’.

Bercakap pada sidang akhbar ketika diperkenal­kan bersama Bayern, Mane mendedahka­n keputusan menyertai kelab berkenaan selepas berbibcang dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

“Saya memilih Bayern Munich kerana mereka begitu meminati saya,” katanya. “Saya bercakap dengan ejen saya dan projek itu adalah yang terbaik buat saya, walaupun saya ada menerima tawaran lain. Bayern ialah kelab sebenar dan masanya sesuai untuk berhijrah dan datang ke sini untuk melakukan yang terbaik dan membantu pasukan menang lebih banyak trofi.

“Saya berjumpa jurulatih yang amat penting untuk mengetahui projek itu. Apabila dia bercakap kepada saya mengenai pasukan, cara mereka bermain dan taktik, saya tertarik. Saya terus melihat diri saya di sana. Saya tidak berfikir dua kali. Ia pasukan untuk saya. Saya melihat diri saya dalam pasukan itu dan saya harap dapat membantu pasukan mencapai sesuatu secara bersama.” AGENSI

Lima calon pengganti Lukaku di Chelsea

Chelsea kini fokus kepada lima calon berpotensi untuk menggantik­an Romelu Lukaku musim panas ini.

Ia hadir selepas musim mengecewak­an buat pemain antarabang­sa Belgium itu selepas kembali ke Stamford Bridge.

Hantaran Salah menerusi akaun Twitter miliknya yang turut disertakan gambar beliau bersama Mane ketika meraikan kejayaan memenangi Piala FA bulan lalu, manakala Mane memakai jersi Bayern Munich (gambar kanan).

Cardiff minat ikat Bale

Sky Sports News mendakwa Cardiff City menjadi antara pasukan sedang difikirkan Gareth Bale.

Bintang Wales itu akan menjadi ejen bebas apabila kontraknya di Real Madrid tamat pada 30 Jun dan dia dijangka terus bermain hingga penamat saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Cardiff ialah kelab di tempat kelahirann­ya dan berminat mahu mendapatka­n pemain itu.

Kematian Maradona

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia