Berita Harian

Lapan kakitangan perubatan didakwa

-

Buenos Aires: Lapan kakitangan perubatan akan menjalani perbicaraa­n kerana dakwaan mengabaika­n pemain legenda Argentina, Diego Maradona hingga meninggal dunia di katilnya ketika menerima rawatan selepas pembedahan.

Hakim semalam mengarahka­n perbicaraa­n jenayah terhadap lapan tertuduh, termasuk doktor dan jururawat keluarga Maradona, berdasarka­n bukti mereka gagal ‘bertindak untuk menghalang kematian’ pada November 2020.

Tarikh perbicaraa­n belum ditetapkan. Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun ketika menjalani pemulihan akibat darah tersumbat berikutan pembedahan otak selepas berdekad bertarung dengan ketagihan kokain dan alkohol.

Dia ditemui mati di katilnya dua minggu selepas menjalani pembedahan, di sebuah rumah sewa ekslusif dekat sini, selepas dibawa pulang dari hospital. Dia ditemui mati akibat serangan jantung.

Panel 20 pakar perubatan ditubuhkan pendakwara­ya Argentina tahun lalu merumuskan bahawa rawatan Maradona penuh dengan ‘kekurangan dan penyelewen­gan.’

Laporan berkenaan menyatakan bahawa pemain bola sepak itu ‘ada peluang lebih untuk hidup’ jika menerima rawatan betul dan kemudahan perubatan mencukupi. AFP

De Ligt jadi rebutan di Manchester

Dua kelab utama Manchester dilaporkan mengambil langkah konkrit bagi mendapatka­n pertahanan Juventus, Matthijs de Ligt.

Pemain antarabang­sa Belanda itu berada di Turin sejak 2019 selepas meninggalk­an Ajax dengan harga RM415 juta.

Berusia 22 tahun, pertahanan tengah itu membuat 117 penampilan bersama Juventus dan menang tiga trofi.

Kematian Maradona dikaitkan dengan jenayah.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia