Berita Harian

Hodak optimis, Tavares yakin

-

Piala AFC

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak seakan mengetahui beberapa senjata rahsia yang dimiliki PSM Makassar menjelang pertembung­an kedua-dua pasukan dalam aksi Piala AFC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Ia berdasarka­n beberapa nama termasuk pemain tengah PSM Makassar iaitu Muhammad Arfan, Yakob Sayuri dan Rizky Eka Pratama yang disebut pengendali dari Croatia itu pada sidang media, semalam.

Sebenarnya, tidak hairan jika Hodak mengetahui beberapa kekuatan dan kelemahan PSM Makassar kerana dia pernah membimbing pasukan itu pada 2020.

“Mereka mempunyai dua pemain import yang berbisa dan dibantu pemain tempatan seperti Rizky dan Yakob. PSM Makassar pasukan yang bahaya jika diberi ruang dan boleh memusnahka­n impian kami. Bagi saya, kami akan cuba menguasai bahagian tengah kerana Arfan adalah pemain penting mereka. Jika kami boleh menyekat dia, saya fikir ia memberi kelebihan kepada kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia