Berita Harian

Kedah anggap Bali sukar

-

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC menyifarka­n pertemuan menentang juara Liga 1 Indonesia, Bali United FC dalam saingan pembukaan Piala AFC bagi Kumpulan G di Bali, hari ini sebagai ujian besar buat skuad Sang Kenari.

Selain Kedah dan Bali United, Kumpulan G turut dihuni kelab Kaya Ilo Ilo FC dari Filipina dan Visakha FC (Kemboja).

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, berkata ini kerana Bali United memiliki reputasi mengkagumk­an dalam saingan di negaranya termasuk pernah menjadi juara Liga 1 Indonesia sebanyak dua kali sekali gus memerlukan persiapan rapi skuadnya.

“Ini ujian mencabar yang harus kami lalui. Ianya tidak mudah kerana berdasarka­n reputasi dan pencapaian tuan rumah selaku juara Liga 1 Indonesia, sudah pasti mereka membawa aura berkenaan pada perlawanan pertama nanti,” katanya.

Dalam perkembang­an yang sama, Aidil turut menarik nafas lega dengan kehadiran penyerang utamanya, Ronald Ngah Wanja yang tiba lewat sehari ke Bali berbanding pasukan pada Isnin lalu kerana masalah visa.

Keadaan ini difahamkan berlaku akibat peraturan visa ketat oleh kerajaan Indonesia terhadap kemasukan warga Cameroon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia