Berita Harian

Zainal lega, bangga kejayaan Penang FC

-

Georgetown: “Alhamdulil­lah saya amat bangga dengan kesungguha­n pemain yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kemenangan pertama,” kata pengendali Penang FC, Zainal Abidin Hassan selepas aksi Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Bandaraya, di sini, kelmarin.

Dalam perlawanan itu, skuad Harimau Kumbang meraih tiga mata selepas menundukka­n skuad Penyu, 2-1 melalui jaringan Hilal El-helwe dan T Saravanan manakala gol tunggal skuad Penyu

dihasilkan pemain sayap lincah mereka, Faisal Halim.

Zainal Abidin berkata kesungguha­n yang ditampilka­n anak buahnya begitu berbeza dan berharap ia dapat dikekalkan bagi membawa pasukan yang terperosok ke dasar liga itu terus memperbaik­i kedudukan.

“Kita tahu TFC memiliki enam serangkai yang cukup berbahaya iaitu Manuel Ott, Habib Haroon, Faisal Halim, Faiz Nasir, Tchetche Kipre dan Sean Sherman. Jadi pemain mengawal keenam-enam ini dengan begitu baik mengikut arahan yang diberi dan di sinilah nampak jelas kesungguha­n mereka sehingga meraih kemenangan,” katanya.

Mengulas mengenai ketiadaan Casagrande yang bercuti panjang selepas mengalami keretakan tulang pipi, Zainal Abidin tidak menolak terdapat kemungkina­n mengganti penyerang itu dengan pemain lain atau mengambil pendekatan sesuai untuk pasukan.

Sementara itu, pengendali TFC, Nafuzi Zain mengakui benteng pertahanan Penang FC begitu ampuh selain penjaga gol lawan beraksi dengan cemerlang meskipun asakan demi asakan dilancarka­n anak buahnya terutama dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan.

“Terdapat juga kesilapan mudah yang dilakukan menyebabka­n kita dihukum sekali gus mencalar rekod tanpa kalah tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini,” katanya sambil turut mengesahka­n tiada lagi kemasukan pemain baharu dalam skuad Penyu berbaki sehari sebelum jendela perpindaha­n kedua ditutup.

 ?? (Foto Mikail ONG/BH) ?? Faisal (dua dari kanan) diasak pemain Penang FC, Muhamad Faizat Mohamad Ghazli pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, kelmarin. Penang menang 2-1.
(Foto Mikail ONG/BH) Faisal (dua dari kanan) diasak pemain Penang FC, Muhamad Faizat Mohamad Ghazli pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, kelmarin. Penang menang 2-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia