Berita Harian

Tze Yong ganti Zii Jia

- Oleh Helmi Talkah

Sukan Komanwel 2022

helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memilih Ng Tze Yong untuk menggantik­an jaguh perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia yang menarik diri daripada beraksi pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual berlangsun­g pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Pengarah Kejurulati­han Perseorang­an BAM, Wong Choong Hann berkata walaupun Tze Yong yang berada di kedudukan ranking ke-48 dunia bukanlah pencabar utama pingat emas di temasya berkenaan tetapi percaya pemain berusia 22 tahun itu turut berpotensi untuk mencipta kejutan.

“Saya harap dia menggunaka­n peluang saat akhir ini dengan sebaiknya dan mempamerka­n prestasi terbaiknya. Kami akan persiapkan dia bagi menghadapi Sukan Komanwel kali ini. Tekanan itu pasti ada untuk dia kerana acara perseorang­an memang menjadi sandaran untuk memenangi emas demi Malaysia.

“Macam mana sekali pun, saya percaya Tze Yong akan berikan yang terbaik untuk acara perseorang­an lelaki,” kata Choong

Hann selepas lawatan Timbalan Ketua Kontinjen negara, Gerard Monteiro ke sesi latihan skuad badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, di sini, semalam.

Kelmarin, Zii Jia yang juga juara Asia mengesahka­n dia menarik diri daripada beraksi di Sukan Komanwel bagi membolehka­n dia memberikan fokus yang lebih terhadap persiapan bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun, yang berlangsun­g 22 hingga 28 Ogos.

Katanya, keputusan itu dibuat disebabkan faktor keadaan tubuh badannya selepas beraksi dalam banyak kejohanan berturut-turut yang menyaksika­n dia tidak cukup rehat. Bagaimanap­un, dia akan cuba sedaya upaya untuk memastikan dia dalam keadaan terbaik bagi beraksi di Terbuka Malaysia.

Zii Jia baru sahaja pulang dari Jakarta, Isnin lalu selepas mengharung­i dua kejohanan berturut-turut - Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia.

Dalam pada itu, Gerard mengakui kecewa dengan keputusan Zii Jia itu sekali gus menyaksika­n kontinjen negara perlu menilai semula sasaran pingat di temasya berkenaan selepas badminton menjadi sandaran untuk menyumbang dua emas.

“Saya tidak boleh bercakap untuk pihak MOM (Majlis Olimpik Malaysia) atau BAM (Persatuan Badminton Malaysia) tetapi sebagai individu yang bertanggun­gjawab untuk kontinjen, saya kecewa kerana Sukan Komanwel adalah sukan untuk semua rakyat Malaysia.

“Kami memang meletakkan sandaran kepada dia (Zii Jia) untuk memenangi pingat. Kami sedar Kejohanan Dunia juga akan berlangsun­g tetapi ada jarak dua minggu (selepas Sukan Komanwel tamat) dan ini membuatkan kami kecewa apabila dia membuat keputusan ini,” katanya.

Kuala Lumpur: “Demi negara, saya akan pilih Sukan Komanwel.” Itu reaksi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berhubung keputusan pemain perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia yang menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi memberikan fokus terhadap persiapan menghadapi Kejohanan Dunia.

Tanpa mahu mempertika­ikan keputusan dibuat Zii Jia, Chong Wei menegaskan secara peribadi dia akan memberi keutamaan kepada empat temasya sukan utama iaitu Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA sebelum memikirkan mengenai kejohanan lain termasuk Kejohanan Dunia.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, berkata temasya sukan adalah sesuatu yang sangat penting untuk negara dan menganggap ia sebagai salah satu cara untuk dia ‘membayar balik’ pelaburan yang dibuat kerajaan untuk menjadikan dia jaguh dunia.

“Saya tidak boleh komen bagi pihak Zii Jia kerana saya tahu ia buat keputusan yang mudah. Namun, secara peribadi apa yang saya boleh katakan, Sukan Komanwel adalah sangat penting untuk negara,” katanya.

Kemelut MSC

Ng Tze Yong

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia