Berita Harian

Basikal lebuh raya masih ketinggala­n

-

Kuala Lumpur: Perkembang­an sukan berbasikal di Malaysia dilihat semakin menunjukka­n prestasi, namun bagi ‘cabang’ lebuh raya, ia harus dipertingk­atkan lagi dengan penganjura­n lebih banyak kejohanan di peringkat domestik.

Bagi legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, dia melihat kem berbasikal trek berjaya mencapai standard diinginkan tetapi tidak buat berbasikal lebuh raya yang kurang penyertaan dan pendedahan dalam kejohanan.

Ia secara tidak langsung bakal mengehadka­n kemampuan bakat dimiliki negara dalam berbasikal lebuh raya dan baginya, pelumba harus diberikan lebih banyak peluang menyertai saingan di peringat domestik mahu pun antarabang­sa selain memperbany­akkan lagi kejohanan di peringkat tempatan.

“Basikal trek sudah okey dan standard mereka kekal konsisten,” kata Joo Ngan. “Namun untuk lebuh raya, seperti TSG (Terengganu Cycling Team) dan Sapura (TSC), ramai pelumba yang kuat tetapi mereka tidak cukup perlumbaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia