Berita Harian

Giliran Kedah, KL City gegar pentas Asia

- Oleh Zulfaizan Mansor

Pasukan Kedah menjalani latihan bagi menghadapi Bali United dalam aksi Piala AFC bagi Kumpulan G di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali malam ini. Piala AFC

zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara Asia (ACL), kini giliran Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City (KL City) pula untuk menentukan nasib mereka di saingan peringkat Asia.

Kedah dan KL City akan turun berentap dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala AFC, malam ini dengan keduaduany­a akan berdepan wakil dari Indonesia.

Skuad Sang Kenari yang berada dalam Kumpulan G akan berdepan pasukan tuan rumah, Bali United di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sementara skuad The City Boys yang berada dalam Kumpulan H menanti kunjungan PSM Makassar di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Kecemerlan­gan JDT di peringkat kumpulan ACL tahun ini seharusnya menjadi pembakar semangat buat Kedah dan KL City untuk turut sama mengangkat nama Malaysia di peringkat saingan kelab Asia.

Apa yang menjadi kerisauan terhadap dua wakil negara itu adalah mengenai prestasi tidak konsisten yang dipamerkan mereka dalam saingan Liga Super musim ini dengan Kedah menghuni tangga keempat dan KL City pula di kedudukan kelima.

Namun, tempoh rehat lebih sebulan diharap dapat memberi kelebihan buat Kedah untuk tampil dengan prestasi lebih baik yang mana pencapaian terbaik mereka di Piala AFC adalah mara ke suku akhir pada edisi 2008.

Kehadiran dua perancang tengah baharu, Mahmoud Almardi dari Jordan

dan Sanrawat Dechmitr (Thailand) juga dijangka mampu memperkuat­kan bahagian enjin Sang Kenari untuk menghadapi baki saingan musim ini termasuk di Piala AFC.

Walaupun baru sahaja menyertai Kedah, namun pengalaman dua pemain berkenaan, terutama Al-mardi yang muncul juara Piala AFC tahun lalu bersama kelab Bahrain, Al-muharraq sangat ditagih pengendali­nya, Aidil Sharin Sahak.

KL City pula harus segera bangkit daripada prestasi mengecewak­an untuk mengharung­i dua aksi dalam Kumpulan H terutama apabila mereka tewas 2-0 di tangan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu.

Kekalahan di tangan TFC itu bagaimanap­un tidak boleh dijadikan petunjuk bahawa KL City tidak boleh mempamerka­n persembaha­n terbaik di Piala AFC apatah lagi mereka memiliki sentuhan jurulatih berpengala­man, Bojan Hodak selain berkelebih­an beraksi di gelanggang sendiri.

Lebih menarik, Hodak juga mungkin mengetahui serba sedikit mengenai cara permainan PSM Makassar selepas dia pernah membimbing pasukan itu pada 2020.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia