Berita Harian

Tarif air, elektrik kekal, harga ayam tidak diapungkan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kerajaan memutuskan tidak akan menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjun­g. Sehubungan itu, kadar elektrik dan air kekal.

Susulan itu, kerajaan terus komited tampung subsidi RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkata­n mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

Harga siling baharu ayam akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam masa terdekat.

Kerajaan komited tampung subsidi RM5.8 bilion walaupun kos bahan api naik mendadak

Kuala Lumpur: Kerajaan memutuskan, kadar tarif elektrik dan air di Semenanjun­g, kekal mengikut kadar semasa, manakala harga ayam tidak akan diapungkan dalam pasaran, sebaliknya paras siling baharu diumumkan dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, susulan keputusan tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air itu, kerajaan komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, walaupun berlaku peningkata­n mendadak kos bahan api dan penjanaan lain.

Ismail Sabri berkata, kerajaan turut memutuskan harga ayam dalam di pasaran tidak akan diapungkan, sebaliknya harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“Keputusan yang dibuat ini membuktika­n keprihatin­an kerajaan, demi menjaga kepentinga­n Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkata­n harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya.

Ketika ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam bagi Semenanjun­g untuk ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihka­n tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri baru-baru ini mengumumka­n bahawa kerajaan tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam, sekali gus dijangka menyaksika­n harga bekalan makanan segar terbabit, bakal diapungkan mulai 1 Julai ini.

Malah, penternak sebelum ini berharap kerajaan mengapungk­an harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka.

Bagaimanap­un, langkah mengapungk­an harga ayam berkenaan dikhuatiri pengguna bakal mencetuska­n kenaikan harganya hingga mencapai RM15 sekilogram.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia