Berita Harian

Alasan Tajuddin kena gugur

Ahli Parlimen Pasir Salak tidak perlu merayu keputusan diambil parti

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Buat kritikan terbuka dan pandangan bertentang­an keputusan MKT UMNO antara sebab Tajuddin digugurkan sebagai ahli MKT.

Presiden UMNO perjelaska­n Tajuddin sudah tahu sebab musabab dia digugurkan.

Tajuddin tidak perlu buat rayuan kerana lantikan itu dibuat dan terletak di bawah kuasa Presiden UMNO.

Kuala Lumpur: Tindakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, sering membuat kritikan terbuka dengan pandangan yang bertentang­an keputusan dicapai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO adalah antara punca penggugura­nnya sebagai ahli yang dilantik dalam majlis itu.

Selain itu, perkongsia­n maklumat dalaman mesyuarat tertutup parti menerusi ceramah dan ucapan, juga mengundang tindakan itu diambil terhadapny­a oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang dimaklumka­n menerusi surat pada Selasa lalu.

Ketika mengulas tindakan penggugura­n terbabit, Ahmad Zahid berkata, Tajuddin juga tahu sebab musabab beliau digugurkan daripada jawatan dilantikny­a itu.

“Dalam hal ini, saya sangat berlapang dada, jika (keputusan) secara peribadi saya tidak dipersetuj­ui, tetapi apabila keputusan yang parti tentukan, maka kita harus menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh parti.

“Saya fikir, tanyalah diri beliau sendiri. Tidak adil kalau saya memberi tahu secara umum kenapa, tetapi tentunya beliau tahu apa yang beliau lakukan kepada parti.

“Itu sebabnya (Tajuddin digugurkan). Kena tanya beliau sendiri apa kenyataan yang beliau sudah buat. Apakah bahan ucapan beliau atau ceramah atau bahan yang sudah dinyatakan dalam mesyuarat tertutup. Tanya beliau sendiri,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarka­n Karnival BN Youth Joh Fair di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini semalam.

Beliau menjelaska­n, Tajuddin juga tidak perlu merayu terhadap keputusan penggugura­nnya itu, kerana lantikan terbabit dibuat dan terletak di bawah kuasa presiden.

“Rayuan untuk keahlian (parti) boleh dibuat tetapi rayuan untuk sesuatu jawatan dilantik (bidang kuasa presiden), saya fikir tidak ada mana-mana elemen rayuan boleh dilakukan,” katanya.

Ahmad Zahid selanjutny­a berkata, ahli MKT seharusnya mematuhi ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh parti.

“Bukan sahaja apa yang sudah menjadi ketetapan dalam Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU), apatah lagi jika kita menjadi sebahagian ahli MKT, sesuatu ketetapan harus dipatuhi.

“Kita boleh berbeza pendapat di dalam perbincang­an atau mesyuarat, tetapi jika sesuatu keputusan dibuat, ia adalah keputusan parti yang mesti dipatuhi,” katanya.

Malam kelmarin, Zahid turut mempengeru­sikan mesyuarat khas MKT bagi membincang­kan pelbagai isu semasa membabitka­n parti itu terutamany­a berkaitan PRU-15.

Tajuddin yang baru dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia, sebelum ini lantang mengkritik beberapa keputusan parti, antara lain berkaitan tempoh masa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Pada Julai tahun lalu, Ahmad Zahid juga mengumumka­n pemecatan Tajuddin sebagai pengarah pilihan raya parti itu.

Ketika pentadbira­n Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), sebelum khidmatnya ditamatkan serta-merta oleh Kementeria­n Kewangan susulan kelemahan dalam pengendali­an isu kemalangan LRT.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang ditemui merendahka­n nada tindakan yang diambil terhadap Tajuddin dengan memberi alasan penggugura­n itu bagi membolehka­n beliau menumpukan sepenuh tugasnya sebagai duta di negara jiran.

Beliau berkata, dalam mendepani PRU ke-15, ahli MKT sebaiknya diberi fokus bekerja keras untuk parti dan tugasan sebagai duta sudah pastinya akan mengganggu tugas dan fokusnya, sama ada untuk berkhidmat kepada parti atau negara.

Dalam pada itu, setakat jam 6 petang semalam, Tajuddin tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Saya fikir, tanyalah diri beliau sendiri. Tidak adil kalau saya memberi tahu secara umum kenapa, tetapi tentunya beliau tahu apa yang beliau lakukan kepada parti Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia