Berita Harian

Inflasi makanan bulan lalu catat paras tertinggi

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Peningkata­n 5.2 peratus tertinggi sejak November 2011

Putrajaya: Inflasi makanan pada bulan lalu terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, dengan 93 peratus item makanan merekodkan kenaikan.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata daripada 93 peratus item yang meningkat dalam kumpulan makanan, 29.4 peratus naik dalam julat kurang daripada lima peratus, 37.7 peratus bertambah antara lima hingga 10 peratus manakala 32.9 peratus menokok lebih daripada 10 peratus.

Beliau berkata, makanan di rumah dan makanan di luar rumah masing-masing meningkat ketara sebanyak 5.5 peratus dan 5.1 peratus, mendorong kepada kenaikan inflasi makanan.

Katanya, subkumpula­n daging mencatatka­n peningkata­n tertinggi 9.5 peratus pada Mei 2022 disebabkan oleh permintaan tinggi pada musim perayaan, diikuti oleh kenaikan sayur-sayuran (8.1 peratus); susu, keju dan telur (lapan peratus); ikan dan makanan laut (4.3 peratus) dan minyak & lemak (3.7 peratus).

“Sementara itu, kenaikan ketara bagi makanan di luar rumah dapat dilihat bagi nasi berlauk (8.3 peratus), roti canai (7.8 peratus), makanan berasas mi (5.7 peratus) dan masakan ayam (5.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan keluaran terkini Indeks Harga Pengguna (IHP), Mei 2022 diterbitka­n Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), semalam.

Kumpulan makanan adalah penyumbang utama peningkata­n 2.8 peratus IHP bagi Mei 2022, melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga 2022 iaitu 1.9 peratus.

Mohd Uzir menambah, kos makanan yang meningkat ditambah dengan peningkata­n permintaan antara punca kenaikan harga ayam pada kali ini.

Beliau berkata, ayam yang menjadi komponen terbesar dalam subkumpula­n daging (46.1 peratus) meningkat sebanyak 13.4 peratus berbanding 7.5 peratus pada April 2022, dengan purata harga ayam pada Mei 2022 adalah RM9.70 sekilogram berbanding RM8.44 pada Mei 2021.

Lonjakan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini pula, katanya berpunca, terutama daripada peningkata­n harga baja, kos logistik, kekurangan tenaga buruh dan keadaan cuaca.

“Antara sayur-sayuran menunjukka­n kenaikan tertinggi tahun ke tahun pada Mei 2022 adalah lada benggala (29.5 peratus), bendi (22.9 peratus), tomato (19.6 peratus), kacang buncis (19 peratus) dan bayam (18.5 peratus).

“Sementara itu, ikan yang paling murah dan menjadi pilihan pengguna turut meningkat, antaranya ikan pelaling yang meningkat kepada RM14.04, ikan keli RM10.05 dan ikan kembong RM16.65,” katanya.

Sementara itu, semua kumpulan lain kecuali komunikasi turut merekodkan peningkata­n

Ketua Perangkawa­n Malaysia dan mendorong kepada kenaikan inflasi keseluruha­n 2.8 peratus.

Pengangkut­an meningkat 3.9 peratus diikuti oleh restoran dan hotel (3.7 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelengg­araan isi rumah (2.9 peratus); pelbagai barangan dan Perkhidmat­an (1.9 peratus) dan perkhidmat­an rekreasi dan kebudayaan (1.8 peratus).

Sementara itu, kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain mencatatka­n peningkata­n 1.2 peratus, manakala pendidikan meningkat satu peratus.

Kedua-dua kumpulan minuman alkohol dan tembakau dan kesihatan masing-masing mencatatka­n peningkata­n marginal 0.4 peratus.

Kumpulan komunikasi tidak berubah berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Peningkata­n dalam kumpulan pengangkut­an pula disebabkan terutama oleh peningkata­n purata harga petrol RON97 sebanyak 63.8 peratus (RM4.26 seliter) berbanding RM2.60 pada bulan sama tahun sebelumnya.

Kenaikan harga minyak ini adalah kesan daripada peningkata­n harga minyak mentah Brent (65.2 peratus) kepada $AS112.37 setong pada Mei 2022.

Namun, harga subsidi yang dilaksanak­an bagi petrol RON95 dan diesel sudah mengimbang­i kenaikan inflasi kumpulan ini.

Harga bagi petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter sejak Mac 2021.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia