Berita Harian

Nilai rampasan lima barang bersubsidi RM45.23J

-

Kuala Lumpur: Nilai rampasan lima barangan kawalan bersubsidi di negara ini mencecah lebih RM45.23 juta dalam tempoh Januari 2018 hingga Mei lalu.

Menurut statistik Bahagian Penguatkua­saan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), nilai rampasan bagi 2,204 kes tempoh itu membabitka­n lima barang kawalan bersubsidi iaitu diesel, petrol, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak dan tepung gandum.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata mengikut statistik, kes tertinggi penyelewen­gan subsidi yang dikesan adalah bagi LPG, membabitka­n 753 kes.

“Berdasarka­n tindakan kes, ketirisan subsidi bagi LPG banyak dikesan dalam sektor industri, yang tidak layak gunakan LPG bersubsidi,” katanya semalam.

Berdasarka­n statistik sama, nilai rampasan kes tertinggi adalah bagi diesel, iaitu RM16.35 juta, membabitka­n 488 kes, minyak masak (RM15.78 juta, 430 kes), LPG (RM10.28 juta, 753 kes), petrol (RM2.41 juta, 392 kes) dan tepung gandum (RM419,489, 141 kes).

Berhubung cadangan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, supaya kerajaan menyemak semula dan kurangkan subsidi secara ‘blanket’ atau menyeluruh, Alexander berkata, pihaknya melihat langkah itu tepat pada masanya.

Justeru, katanya, beliau berkata, wujud keperluan untuk menyemak semula mekanisme peruntukan subsidi bahan api.

“Semakan semula mekanisme penyaluran subsidi bertepatan ketika ini, demi memastikan masalah ketirisan, penyelewen­gan dan penyeludup­an bahan bersubsidi tidak terus berleluasa.

“Jika kadar ketirisan angkara aktiviti penyeludup­an didalangi pihak tidak bertanggun­gjawab ini berupaya ditangani, penjimatan atau lebih tepat ditafsirka­n sebagai mengoptimu­mkan perbelanja­an peruntukan subsidi dapat diagihkan kepada keperluan pembanguna­n negara dan kesejahter­aan rakyat dan pada masa sama, penyaluran subsidi akan lebih berkesan,” katanya.

Johari sebelum ini mencadangk­an kerajaan menyemak semula dan mengurangk­an subsidi secara menyeluruh yang dilaksanak­an ketika ini, khususnya membabitka­n bahan api yang kini mencecah RM30 bilion, sebaliknya penjimatan itu disalurkan bagi aktiviti pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat.

Melaka: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenal pasti kira-kira 20 peruncit di sekitar negeri ini sebagai ‘premis panas’ kerana cuba mengawal penjualan minyak masak botol sebelum pemansuhan subsidi bahan itu berkuat kuasa 1 Julai ini.

Pengarah KPDNHEP negeri, Norena Jaafar, berkata semua 20 premis panas itu kini dipantau rapi pihaknya dengan lebih separuh berada di daerah Melaka Tengah, manakala selebihnya di Jasin dan Alor Gajah.

Justeru, katanya pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan melakukan pemantauan, termasuk melalui kaedah penyamaran dengan berpakaian preman bagi mengesan dan mengekang kegiatan ini.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggun­gjawab itu dikesan pihaknya melalui pemantauan yang dijalankan menerusi Op

Ayam, Telur dan Minyak Masak (OP ATM) sejak awal Jun.

“Ada peniaga pada waktu ini disyaki mengawal jualan minyak masak botol bagi mendapat keuntungan berganda selepas 30 Jun ini. Pemilik premis dikenal pasti disyaki sedang cuba mengawal jualan bekalan minyak masak bagi pek kemasan botol.

“Kita percaya peniaga ini akan jual semula stok bekalan ini selepas 1 Julai pada harga jauh lebih mahal atau dua kali ganda berbanding harga dibeli mereka ketika ia masih bersubsidi,” katanya ketika ditemui selepas Sesi Walkabout bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Pasar Awam Bachang, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Norena berkata, sepanjang awal tahun ini 235 kes direkodkan dengan 161 daripadany­a diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 (AKHAP 2011).

 ?? (Foto Nuraliawat­i Sabri/bh) ?? Sulaiman (dua dari kiri) bersama Norena (dua dari kanan) melakukan meninjau harga jualan ketika Sesi Walkabout di Pasar Awam Bachang, Melaka, semalam.
(Foto Nuraliawat­i Sabri/bh) Sulaiman (dua dari kiri) bersama Norena (dua dari kanan) melakukan meninjau harga jualan ketika Sesi Walkabout di Pasar Awam Bachang, Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia