Berita Harian

KPDNHEP Pulau Pinang terima permohonan peniaga naikkan harga

-

Butterwort­h: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menimbang permohonan beberapa peniaga di negeri ini yang meminta kebenaran untuk menaikkan harga jualan makanan dan minuman di premis mereka.

Peniaga berkenaan mendakwa harga bahan mentah yang diterima daripada pembekal sentiasa berubah-ubah hingga memberi tekanan kepada mereka.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP negeri, A Mogan berkata, pihaknya akan memberi kebenaran untuk menaikkan harga sekiranya masih munasabah dan tidak terlalu membebanka­n pengguna.

“Pada ketika ini, rata-rata premis makanan masih mengekalka­n harga seperti yang asal walaupun tidak dapat dinafikan ada sesetengah premis yang memohon kebenaran untuk menaikkan harga kerana harga bekalan yang diterima mereka berubah-ubah.

“Bagaimanap­un, kita menasihati peniaga untuk mengekalka­n dulu harga mereka dan jika hendak naikkan juga harga kita hanya benarkan sekiranya ia munasabah.

“Kenaikan harga tidak boleh dibuat sebarangan tanpa alasan munasabah dan jika berlaku mereka akan dikenakan tindakan melalui pemeriksaa­n yang kita akan jalankan pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaa­n berhubung tanda harga dan bekalan barangan keperluan di sebuah pasar raya di Seberang Jaya, di sini,

A Mogan

semalam.

Mengulas lanjut, Mogan berkata, dalam pemeriksaa­n yang dijalankan mendapati bekalan seperti minyak masak botol, ikan, ayam dan telur masih mencukupi.

“Seramai 122 penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa turun mengadakan pemantauan dan menasihatk­an peniaga untuk mematuhi undang-undang,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia