Berita Harian

‘Syor kerja 4 hari seminggu jejas usaha pulih ekonomi’

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Pelaksanaa­n dikhuatiri jadikan pekerja tak produktif

Kuala Lumpur: Cadangan pelaksanaa­n dasar tempoh bekerja empat hari seminggu dianggap tidak sepatutnya dilaksanak­an kerana ia boleh memberi impak kepada industri dalam keadaan ekonomi menguncup akibat implikasi COVID-19.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Novel Lyndon, berkata jika cadangan ini dilaksana dan tempoh bekerja dilanjutka­n sehingga 12 jam, ia juga mungkin memberi kesan kepada gaji, wang caruman di Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.

Beliau berkata, keadaan itu dikhuatiri akan menjadikan pekerja tidak produktif, lama-kelamaan memberi impak kepada proses pemulihan ekonomi negara.

“Negara kini dalam proses memulihkan ekonomi dan kestabilan politik, jadi jika cadangan bekerja empat hari seminggu dilaksanak­an, ia dibimbangi akan menjejaska­n usaha itu keseluruha­nnya.

“Bekerja dalam tempoh yang panjang sehingga 12 jam mungkin menyebabka­n pekerja tidak produktif. Saya fikir dalam konteks Malaysia, seeloknya biarkan kekal kepada yang sedia ada,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, media melaporkan, sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibili­ti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu, mengikut tinjauan oleh Qualtrics syarikat berpengala­man mengendali­kan tinjauan secara dalam talian.

Secara keseluruha­n, di Asia Tenggara keutamaan untuk fleksibili­ti adalah sebanyak 60 peratus memilih minggu bekerja yang lebih singkat.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n,ukm

Novel berkata, sekiranya tempoh 12 jam itu ingin dilakukan, sebaiknya analisa SWOT iaitu kaedah untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman perlu dilaksanak­an.

“Kajian perlu dilaksanak­an untuk mengetahui apakah kekuatan dasar ini jika diterima dan apakah kelemahan kepada pekerja serta pemain industri.

“Selain itu, kajian perlu menunjukka­n apakah peluang yang terhasil daripada dasar ini jika dilaksanak­an dan ancaman yang diterima oleh kedua-dua pihak,” katanya.

 ?? ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia