Berita Harian

Boleh mohon aturan kerja fleksibel

-

Alor Setar: Pekerja di negara ini dibenar memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa 1 September ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata pekerja hanya perlu membuat surat permohonan berkenaan kepada majikan sama ada memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan perubahan tempat kerja.

“Majikan pula perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari. Dalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan,” katanya selepas Simposium Keharmonia­n Perusahaan Wilayah Utara di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perhubunga­n Pe- rusahaan Malaysia (JPPM), Khalid Jali.

Kelmarin, media melaporkan, 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibili­ti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu, mengikut tinjauan oleh Qualtrics syarikat berpengala­man mengendali­kan tinjauan dalam talian.

Secara keseluruha­n, di Asia Tenggara keutamaan untuk fleksibili­ti adalah sebanyak 60 peratus memilih minggu bekerja yang lebih singkat.

Awang berkata, keputusan kerajaan dalam AKF itu bagaimanap­un tidak ‘mengikat’ majikan dan ia bergantung kepada kesesuaian agensi serta syarikat masing-masing.

Sementara itu , beliau berkata, pihaknya bersedia membuat kajian mengenai dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti mula dilaksanak­an di beberapa negara maju.

Katanya, kajian mengenai perkara itu perlu dilakukan secara menyeluruh berikutan terdapat majikan yang terkesan atas faktor produktivi­ti rendah.

“Majikan perlu ada kajian tersendiri perkara ini dan boleh dibawa pada perbincang­an bersama Kementeria­n Sumber Manusia dan JPPM,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Awang (kanan) bersama penerima sijil pengiktira­fan pada Majlis Simposium Keharmonia­n Perusahaan Wilayah Utara di Alor Setar, kelmarin.
(Foto BERNAMA) Awang (kanan) bersama penerima sijil pengiktira­fan pada Majlis Simposium Keharmonia­n Perusahaan Wilayah Utara di Alor Setar, kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia