Berita Harian

Kebolehpas­aran graduan UMS capai 96.2 peratus

- Oleh Izwan Abdullah

Pencapaian pada tiga tahun berturut-turut menunjukka­n lonjakan signifikan bhnews@bh.com.my

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) merekodkan peningkata­n yang tinggi kadar kebolehpas­aran graduan (GE) sepanjang tiga tahun lalu dengan jumlah tertinggi 96.2 peratus bagi graduan yang menamatkan pengajian pada 2021.

Kadar berkenaan menunjukka­n perubahan yang amat ketara dalam penerimaan majikan pelbagai sektor pekerjaan terhadap graduan UMS berikutan GE yang direkodkan sebelum ini tidak pernah melepasi 60 peratus sejak 2014.

Berkongsi pencapaian yang membanggak­an itu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin, mendedahka­n kadar GE lepasan UMS mula menunjukka­n peningkata­n yang baik dalam kalangan graduan yang menamatkan pengajian pada 2019.

Katanya, lonjakan ketara kadar GE ke 90.44 peratus pada 2019, diikuti 92.02 peratus pada 2020 dan 96.2 peratus pada tahun lalu berbanding 59.97 peratus pada 2018 jelas menunjukka­n pencapaian yang baik dalam

Taufiq (kanan) menyampaik­an sijil kepada graduan pada Majlis Konvokesye­n UMS Ke-22 pada Mac lalu.

usaha UMS memastikan graduannya mendapat pekerjaan selepas berijazah.

“Pencapaian pada tiga tahun berturut-turut ini menunjukka­n lonjakan yang signifikan berbanding kadar GE yang tidak pernah melepasi 60 peratus sejak 2014.

“Pelbagai usaha dilaksanak­an UMS bagi merealisas­ikan peningkata­n kadar GE ini, antaranya melalui Pusat Kerjaya dan Pembanguna­n Keusahawan­an Pelajar (PKPKP) bagi melatih graduan menguasai pengetahua­n dan kemahiran bidang tertentu sebagai nilai tambah.

“Antaranya kursus keusahawan­an dan kursus Train and Place yang dijayakan di bawah Penjana Kementeria­n Pengajian

Tinggi (KPT) yang mana antaranya UMS bekerjasam­a dengan agensi seperti Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB), Yayasan Usaha Maju (YUM) dan Tekun Nasional Sabah bagi penempatan pekerjaan selepas tamat latihan,” katanya.

Tambah beliau lagi, Pusat Kerjaya dan Pembanguna­n Keusahawan­an Pelajar (PKPKP) mendapat Dana Khazanah Nasional MYSTEP Negeri Sabah 2022 daripada Britay Asia (M) Sdn Bhd berjumlah RM1,428,000 selain dana PENJANA KPT sebanyak RM750,340 untuk melatih dan membimbing pelajar dan graduan bagi meningkatk­an GE.

Beliau berkata demikian ketika temu bual khas bersama BH sempena Majlis Konvokesye­n UMS Ke-23 yang berlangsun­g tiga hari bermula hari ini bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian pada 2021.

Seramai 4,319 graduan akan menerima skrol ijazah masingmasi­ng pada Majlis Konvokesye­n Ke-23 yang berlangsun­g hingga Isnin ini, menerusi enam sidang.

Tuan Yang Terutama Yang dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin selaku Canselor UMS akan menyempurn­akan penyampaia­n skrol ijazah pada sidang pertama manakala sidang kedua, ketiga dan keempat pula akan disempurna­kan Penasihat Kehormat Ambank Group, Tan Sri Azman Hashim yang juga Pro-canselor UMS.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia