Berita Harian

UMS lakar pelbagai kejayaan membanggak­an

-

Kota Kinabalu: Di sebalik pelbagai kekangan berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang dua tahun lalu, Universiti Malaysia Sabah (UMS) masih mampu melakar beberapa kejayaan membanggak­an sepanjang tempoh berkenaan.

Antara pencapaian yang boleh dibanggaka­n ialah kejayaan menempatka­n diri dalam senarai Top 151-160 dalam Kejurutera­an Petroleum dan Top 351-400 dalam Pertanian dan Perhutanan QS World University Ranking By Subject 2022.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin, berkata terbaru UMS menerusi Institut Biologi Tropika dan Pemulihara­an (IBTP) turut memenangi Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (AISAS) 2021 Kategori Inovasi Pendidikan Tinggi pada 14 Jun lalu.

Katanya, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS berjaya memenangi tempat pertama kategori belia dan ketiga kategori terbuka Swiss Innovation Challenge ASEAN 2021/2022. Malah terdapat beberapa kejayaan lain yang turut menjadi kebanggaan UMS.

“Pengiktira­fan terhadap keupayaan pensyarah UMS juga terserlah melalui beberapa pelantikan pensyarah UMS oleh agensi luar pada peringkat kebangsaan serta sembilan pensyarah yang tersenarai dalam world top 2% scientist yang dikeluarka­n oleh Stanford University, Amerika Syarikat.

“UMS juga turut menerima peruntukan sebanyak RM2 juta daripada Yayasan Sime Darby bagi pelaksanaa­n projek pemulihan biodiversi­ti hutan, penyerapan karbon dan peningkata­n perkhidmat­an ekosistem di Teluk Sandakan,” katanya.

Taufiq berkata, pelajar UMS juga berjaya melonjakka­n nama universiti itu melalui beberapa pertanding­an yang disertai seperti pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Mohd Eizlan Dahalan yang memenangi pingat gangsa lompat tinggi pada Sukan SEA 2021 di Vietnam selain pingat emas dalam acara sama pada Kejohanan Olahraga Institut Pengajian Tinggi (IPT) (Sirkit 1) baru-baru ini.

Sementara itu, Taufiq berkata bagi meningkatk­an pengantara­bangsaan UMS, universiti itu menerima pakai satu siri langkah tindak balas untuk mengurangk­an kesan pandemik COVID-19 terhadap mobiliti pelajar antarabang­sa, selain merangka strategi pembanguna­n jangka panjang untuk menggalakk­an mobiliti pelajar antarabang­sa UMS.

Pada masa sama, katanya UMS turut memperkuku­hkan agenda pengantara­bangsaan melalui memorandum persefaham­an (MOU) dan memorandum perjanjian (MOA) sebagai usaha menjalin kerjasama strategik.

Katanya, setakat Jun, tiga MOU berjaya dimeterai dengan universiti di Turki iaitu Yildiz Technical Universiti (YTU), Marmara University (MU) dan Canciri Karatekin University.

Pada tahun lalu, lapan MOU dimeterai iaitu dengan Yayasan Pandita, Indonesia; Universiti Hiroshima dan Universiti Kyoto, Jepun; Universiti The Immaculate Conception, Filipina; Universita­s Muhammadiy­ah Riau, Indonesia; Universiti Qiqihar dan Fujian Polytechni­c of Informatio­n Technology China; serta Universiti Dhofar, Oman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia