Berita Harian

Perhimpuna­n jalanan bukan penyelesai­an

-

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menegaskan perhimpuna­n jalanan seperti dicadangka­n seorang pemimpin DAP, bukan cara bertanggun­gjawab dalam mencari penyelesai­an membina berhubung suatu perkara.

Dalam hantaran terbaru melalui media sosial, baginda bertitah, suara atau pandangan segenap lapisan masyarakat boleh disampaika­n kepada kerajaan menerusi pelbagai forum lain.

“Tidak cukup peritkah pengajaran daripada demonstras­i yang menjadi detik hitam dalam sejarah negara kita seperti pada 1969 dan tidak lama dahulu, perhimpuna­n Bersih?

“Ia tidak mencapai sebarang matlamat, selain mengakibat­kan kekecohan dan kerosakan. Ini bukan cara negara kita, tiada yang menang. Semuanya akan rugi dan kita tidak tahu berapa lama kita boleh pulih daripada kesan perhimpuna­n sebegitu.

“Undang-undang negara kita mesti dihormati. Janganlah membuat kenyataan berbaur hasutan kerana ia tidak membantu, sedangkan ada banyak saluran lebih membina untuk menyuaraka­n pandangan,” titah baginda.

Malah, baginda bertitah, perhimpuna­n jalanan juga memberi impak negatif terhadap ekonomi, menakutkan pelabur asing dan merencatka­n pemulihan daripada pandemik COVID-19.

“Janganlah buat perhimpuna­n sebegini. Pertumbuha­n negara kita mesti dipupuk melalui dialog matang, bukan tindakan yang akan mengancam ketenteram­an awam dan keselamata­n negara,” titah baginda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia