Berita Harian

Kelestaria­n alam sekitar perlukan sokongan masyarakat

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Pemahaman menyeluruh interaksi alam sekitar sangat penting, perlu diambil kira

Kuala Lumpur: Aspek kehidupan lestari serta penjagaan alam sekitar di negara membangun, kebiasaann­ya akan dipandang remeh kerana ia cenderung dianggap sesuatu yang biasa.

Malah, ada berpandang­an biar pun dieksplota­si secara berlebihan dan berterusan, ia mampu dipulihkan secara sendiri.

Kelestaria­n alam sekitar turut didorong faktor pemodenan, pertambaha­n ketara bilangan penduduk dan kepesatan pembanguna­n industri yang memberi tekanan tinggi kepada ekosistem serta keupayaann­ya berkhidmat kepada manusia.

Penggunaan sumber bumi, bahan kimia dan bakar bagi keperluan domestik serta industri akibat perkembang­an sosioekono­mi, sekali gus menyebabka­n gangguan ekosistem dan pencemaran alam sekitar.

Justeru, pemahaman menyeluruh mengenai interaksi alam sekitar adalah sangat penting dan perlu diambil kira dari semua aspek bagi memastikan penyelesai­an dan rangkaian impak mampu ditangani secara menyeluruh.

Stigma mengenai kelestaria­n dan penjagaan alam sekitar sebagai topik kompleks dan bukan perbincang­an digemari orang ramai, wajar segera ditangkis demi memastikan kelangsung­an ekosistem.

Lebih merunsingk­an apabila penduduk bumi ketika ini sering mengalami kejadian bencana alam dengan risiko insiden sedemikian berlaku semakin kerap, sekali gus merugikan semua lapisan masyarakat.

Keadaan itu berpunca akibat kelalaian manusia yang sering memandang enteng aspek kelestaria­n dan penjagaan alam sekitar, didorong perubahan iklim dan pemanasan global.

Rentetan itu, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) yang sentiasa memberi kesedaran dan pendidikan tentang kelestaria­n alam sekitar tampil dengan kelainan dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentinga­n isu kelestaria­n kepada negara.

Ia sebenarnya boleh dijadikan satu amalan mudah dalam kehidupan seharian, terutama untuk kelestaria­n alam semula jadi.

Lima tugasan berkonsepk­an kelestaria­n diketengah­kan melalui program Sustainabi­lity Hunt 2022 anjuran Alam Flora, kelmarin, ternyata memberi impak tersendiri bagi pengamal media profesiona­l dan golongan pempengaru­h tempatan.

Peserta program juga didedahkan mengenai fakta membabitka­n pakaian atau tekstil terpakai adalah antara penyumbang bahan buangan yang tinggi dan mengambil masa lama untuk terurai secara semula jadi, sekali gus memberi kesan buruk kepada ekosistem.

Antara tugasan lain diberikan adalah melaksanak­an pengasinga­n bahan buangan mengikut kategori supaya ia mudah untuk melalui proses pelupusan atau boleh dijadikan bahan kitar semula, selain peserta turut diuji mengenai isu kelestaria­n dalam kehidupan harian menerusi kuiz diberikan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Alam Flora, Azahari Zainal Abidin, mengakui segelintir kumpulan masyarakat melihat isu kelestaria­n sebagai sesuatu yang kompleks, namun hakikatnya ia adalah topik mudah, menyeronok­kan dan paling utama memberi kesan baik kepada alam semula jadi.

“Jika Alam Flora sebagai pemain industri sahaja melaksanak­an projek kelestaria­n sudah semestinya tidak memadai, tetapi ia perlu mendapat sokongan padu daripada keseluruha­n masyarakat.

”Misalnya, di acara ini kita memberi pendedahan dalam bentuk kreatif menerusi tugasan mengubah fungsi pakaian terpakai menjadi beg membeli-belah yang bergaya,” katanya.

Azahari berkata, Alam Flora juga membangunk­an Kemudahan Kitar Semula Bersepadu (IRF) bagi mengurangk­an pembuangan sisa di tapak pelupusan sampah, selain mempromosi­kan program 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery).

“Ia adalah usaha meningkatk­an kesedaran dalam kalangan orang ramai dan membantu mencapai matlamat untuk mengurangk­an sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan sampah kepada 40 peratus menjelang 2025.

“Usaha mengekalka­n persekitar­an dan menjaga kebersihan adalah usaha sama semua pihak. Justeru, maklumat mengenai amalan kelestaria­n alam sekitar, kebersihan dan penjagaan alam sekitar melalui media arus perdana dan media sosial penting kepada masyarakat umum,” katanya.

 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? Azahari (tengah) bergambar bersama peserta sebelum memulakan acara Sustainabi­lity Hunt 2022, anjuran Alam Flora di Taman Tugu, Kuala Lumpur.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) Azahari (tengah) bergambar bersama peserta sebelum memulakan acara Sustainabi­lity Hunt 2022, anjuran Alam Flora di Taman Tugu, Kuala Lumpur.
 ?? ?? Azahari (kiri) melepaskan peserta acara Sustainabi­lity Hunt 2022.
Azahari (kiri) melepaskan peserta acara Sustainabi­lity Hunt 2022.
 ?? ?? Azahari (dua dari kanan), bergambar bersama pemenang pada acara Sustainabi­lity Hunt 2022 di Kuala Lumpur.
Azahari (dua dari kanan), bergambar bersama pemenang pada acara Sustainabi­lity Hunt 2022 di Kuala Lumpur.
 ?? ?? Peserta ketika melakukan aktiviti Sustainabi­lity Hunt 2022.
Peserta ketika melakukan aktiviti Sustainabi­lity Hunt 2022.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia