Berita Harian

Kali terakhir pemberian visa furada pada 2019

- Oleh Awatif Hasani bhnews@bh.com.my

Pengeluara­n atas budi bicara Kedutaan Arab Saudi, bukan tujuan komersial

Kuala Lumpur: Visa furada masih belum dikeluarka­n sehingga kini oleh Kedutaan Arab Saudi untuk mana-mana badan atau agensi di Malaysia.

Pengerusi Persatuan Agensi Pelanconga­n Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata kali terakhir visa furada diberikan pada 2019 dan kemudian dihentikan pengeluara­nnya pada 2020 dan 2021.

“Visa furada adalah visa jemputan, berdasarka­n budi bicara duta Arab Saudi untuk diberikan kepada sesiapa yang dijemput duta sendiri, namun visa furada bukan diberi khas kepada syarikat komersial.

“Selalunya, visa ini adalah atas budi bicara duta Arab Saudi untuk diberikan sama ada kepada Perdana Menteri, Yang di-pertuan Agong atau mana-mana badan dan institusi dikenali oleh kedutaan Arab Saudi sahaja.

“Bilangan visa diluluskan juga terletak atas budi bicara duta Arab Saudi sendiri,” katanya kepada BH, semalam.

Razali berkata, visa terbabit memang wujud, namun ada agensi atau orang perseorang­an yang cuba mengambil kesempatan di atas kelebihan visa terbabit untuk kegiatan menipu urusan visa haji dan umrah.

“Visa furada ini ada, namun yang palsunya adalah orang atau sesebuah agensi yang menawarkan visa furada untuk menunaikan ibadah haji dalam masa terdekat ini, sedangkan duta Arab Saudi sehingga kini masih belum mengeluark­annya.

“Sebenarnya kelebihan visa furada ini bagi membantu golongan yang mahu menunaikan haji dengan segera tanpa perlu menunggu giliran mengikut kuota haji disediakan Tabung Haji (TH).

“Contohnya, sesetengah orang yang mendapat duit hasil jualan tanah atau duit pencen dan mahu terus menunaikan ibadah segera kerana jika menunggu giliran TH mungkin mengambil masa agak lama,” katanya.

Susulan itu, Razali mencadangk­an kepada umat Islam di Malaysia yang berminat menunaikan ibadah haji supaya lebih berhati-hati dan sabar menunggu keputusan sebenar pengeluara­n visa furada.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Jemaah haji mendaftar masuk pada Program Makkah Route di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, kelmarin.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Jemaah haji mendaftar masuk pada Program Makkah Route di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, kelmarin.
 ?? ??
 ?? ?? Razali Mohd Sham
Razali Mohd Sham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia