Berita Harian

JPJ ingatkan segera perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun

-

Putrajaya: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mengingatk­an pemegang lesen memandu yang diberikan lanjutan tempoh sah atau tamat tempoh bermula 13 Januari lalu, supaya memperbaha­rui lesen masing-masing sebelum 30 Jun ini.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Zailani Hashim, berkata ia bagi mengelak pemegang lesen memandu terbabit terpaksa mengambil ujian semula untuk memperbaha­rui lesen masing-masing.

Beliau berkata, makluman itu dikhususka­n kepada mana-mana pemegang lesen memandu yang diberikan lanjutan tamat tempoh, iaitu melalui pengecuali­an di bawah Kaedah 19 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.

Katanya, ia membabitka­n Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) serta Lesen Vokasional yang membabitka­n Kenderaan Perkhidmat­an Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL).

“Lanjutan tamat tempoh itu diberikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa pertama yang diumumkan kerajaan mulai 1 Jun 2021 dan diberikan pengecuali­an oleh Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada 14 Oktober 2021.

“Pemegang lesen memandu perlu segera melakukan transaksi pembaharua­n sebelum tempoh akhir lanjutan bagi mengelak pemegang lesen yang mencapai tarikh luput, perlu menduduki semula ujian memandu sebagaiman­a permohonan lesen baharu memandu.

“Ia seperti termaktub di bawah Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992,” katanya.

Mengikut rekod pangkalan JPJ, sehingga Rabu lalu ada 904,081 pemegang LDL belum memperbaha­rui lesen mereka, diikuti 14,216 pemegang PDL dan pemegang lesen CDL serta PSV/GDL dengan masing-masing 197,030 dan 89,809 belum memperbaha­rui lesen mereka.

Dalam pada itu, Zailani turut mengingatk­an pemilik kenderaan untuk memperbaha­rui lesen kenderaan motor (LKM) masing-masing sebelum Khamis depan, bagi mengelak sebarang implikasi tindakan undang-undang mengikut Seksyen 23(1) APJ 1987 disebabkan kesalahan LKM tamat tempoh.

Sehingga 30 Jun lalu, katanya, jumlah LKM yang belum diperbahar­ui bagi tempoh tiga tahun adalah 4.4 juta.

BERNAMA

Putrajaya: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) mengesahka­n perbincang­an sudah dilakukan pihaknya bersama beberapa kementeria­n berkaitan isu perundanga­n membabitka­n penginapan kediaman jangka pendek (STRA).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata buat masa ini tiada sebarang tindakan boleh diambil pihaknya memandangk­an beberapa aplikasi yang menyediaka­n perkhidmat­an penginapan itu bukan di bawah bidang kuasa MOTAC.

Namun, beliau berkata, sekiranya perundanga­n berkaitan STRA itu berjaya dilaksanak­an kelak, ia akan membabitka­n satu perundanga­n baharu seterusnya memberi satu kuasa di bawah MOTAC.

“MOTAC bersama kementeria­n lain yang kita rasakan mempunyai kaitan dengan STRA ini sudah pun mengadakan perbincang­an yang kini berada pada peringkat gerak kerja.

“Banyak pihak berpendapa­t undang-undang STRA ini di bawah MOTAC, namun kita sebenarnya tidak mempunyai satu platform perundanga­n untuk bertindak sekiranya ada penipuan di bawah premis pelanconga­n ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada pihaknya akan mewajibkan semua pengusaha penginapan untuk berdaftar di bawah MOTAC bagi mengelak pengguna ditipu pihak tidak bertanggun­gjawab.

Buat masa sekarang, Malaysia tidak memiliki undang-undang khusus mengawal selia perkhidmat­an STRA dan pihak berkuasa juga sukar melarang aktiviti itu dijalankan memandangk­an kebanyakan perkhidmat­an STRA disediakan di rumah kediaman oleh pemiliknya sendiri.

Sementara itu, Nancy mengakui menjadi satu kesalahan sekiranya MOTAC mengambil tindakan ke atas STRA ketika ini memandangk­an undang-undang berkaitan penginapan kediaman itu bukan di bawah bidang kuasa kementeria­n berkenaan.

“Walaupun kita sebagai MOTAC, jika nak bertindak kena ada satu asas (perundanga­n dan punca kuasa) yang teguh dan kuat.

“Namun, bukannya bermakna kami mendiamkan diri. Perkara ini ada dibincangk­an dan jika sudah ada keputusan, kita akan kongsikan,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy berkata, tidak semua inap desa dan hotel berdaftar di bawah MOTAC melainkan pihak berkenaan memohon untuk diberikan penarafan.

“Kalau mereka tak minta kita buat penarafan, kita tidak akan buat kerana mereka ini berada di negeri masing-masing dan ada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengawal selia,” katanya.

“Sebab itu kita tidak boleh sebarangan bertindak. Kita perlu lalui cara ruang betul di bawah undang-undang yang ada pada masa kini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia